Pengelasan Mineralogi Dan Kimia Bagi Lempung Dari Sarawak Barat, Malaysia Untuk Kegunaan Dalam Industri Jubin Di Malaysia

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji ciri-ciri kimia, mineralogi, fizikal dan sifat0sifat jasad bakar lempung dan melihat kesesuaiannya untuk kegunaan dalam industri seramik terutamanya industri jubin. Lima sampel dikutip dari empat kawasan di Sarawak Barat yang setiap satunya diambil di Kampung...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Rahman, Hazrina
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Sains Malaysia 2004
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/57093/1/Pengelasan%20Mineralogi%20Dan%20Kimia%20Bagi%20Lempung%20Dari%20Sarawak%20Barat%2C%20Malaysia%20Untuk%20Kegunaan%20Dalam%20Industri%20Jubin%20Di%20Malaysia_Hazrina%20Abdul%20Rahman.pdf
http://eprints.usm.my/57093/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk mengkaji ciri-ciri kimia, mineralogi, fizikal dan sifat0sifat jasad bakar lempung dan melihat kesesuaiannya untuk kegunaan dalam industri seramik terutamanya industri jubin. Lima sampel dikutip dari empat kawasan di Sarawak Barat yang setiap satunya diambil di Kampung Sebangkoi, Kawasan Jaong dan Telaga Air serta dua sampel dikutip di Kampung Keranji Serayan. Kajian mineralogi dan kajian kimia dijalankan untuk mengenalpasti kehadiran fasa mineral dan kandungan oksida dalam sampel. Analisis yang telah dijalankan ialah analisis sinar-x, penentuan morfologi, analisis taburan saiz partikel, penentuan pH, penentuan kandungan bahan meruap dan kandungan lengasan. Manakala kajian sifat fizikal lempung pula dijalankan untuk mengenalpasti ciri-ciri fizikal sampel dan kajian yang telah dijalankan ialah penentuan spesifik graviti, penentuan indeks keplastikan dan pemerhatian warna sampel mentah. Kajian juga dijalankan ke atas sampel bakar bagi menentukan sifat-sifat jasad selepas bakar. Kajian yang telah dijalankan ialah ujian kecut bakar, ujian kekuatan , pemerhatian warna jasad, ujian keliangan, serap air dan ketumpatan pukal. Daripada kajian ini, didapati kesemua sampel mempunyai kandungan fasa mineral yang sama iaitu kaolinit, illit, mika dan kuarza. Peratus oksida juga menunjukkan kewujudan oksida yang hampir sama cuma berbeza dari segi kuantitinya. Kesemua sampel mempunyai morfologi berbentuk emping berkepingan yang menunjukkan kewujudan kaolinit. Bagi analisis partikel saiz, kesemua sampel mempunyai peratus partikel kurang dari dua mikron yang melebihi 40% kecuali sampel Jaong. Oleh sebab itu, sampel Jaong mempunyai indeks keplastikan yang rendah. Untuk jasad bakar pula, sampel yang mengalami kecut bakar yang tinggi akan mempunyai kadar keliangan yang sedikit dan akan mempunyai kadar serapan air yang rendah. Namun begitu, ia akan mempunyai ketumpatan pukal yang tinggi. Selain itu, kekuatan jasad juga akan meningkat dengan peningkatan suhu. Warna jasad akan menjadi semakin putih dengan kenaikan suhu. Selepas dibandingkan dengan spesifikasi LORENZ, tidak ada sampel yang memenuhi kesemua spesifikasi yang telah ditetapkan. Namun begitu, sampel dari Kampung Keranji-Serayan (B) mempunyai ciri-ciri yang hampir memenuhi spesifikasi ini. Oleh itu, sampel dari Kampung Keranji-Serayan (B) dicadangkan sebagai sampel yang sesuai digunakan dalam industi jubin dinding dan jubin lantai.