Kajian Kemapanan Perkhidmatan Feri Di Pulau Pinang

Feri Pulau Pinang merupakan salah satu ragam pengangkutan yang digunakan untuk menuju ke Pulau Pinang dan Seberang Perai. Namun pada hari ini, perkhidmatan ini menjadi semakin kurang digunakan ekoran daripada pembinaan Jambatan Pulau Pinang pada tahun 1985. Kajian ini adalah bertujuan untuk me...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Md Nasir, Nurul ‘Ashikin
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Sains Malaysia 2004
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/57076/1/Kajian%20Kemapanan%20Perkhidmatan%20Feri%20Di%20Pulau%20Pinang_Nurul%20%E2%80%98Ashikin%20Md%20Nasir.pdf
http://eprints.usm.my/57076/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Feri Pulau Pinang merupakan salah satu ragam pengangkutan yang digunakan untuk menuju ke Pulau Pinang dan Seberang Perai. Namun pada hari ini, perkhidmatan ini menjadi semakin kurang digunakan ekoran daripada pembinaan Jambatan Pulau Pinang pada tahun 1985. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui perkhidmatan feri pada masa sekarang, mengkaji kemampuan perkhidmatan ini untuk bertahan pada masa akan datang dan juga mengenal pasti pesaing-pesaing feri seperti Jambatan Pulau Pinang dan Laluan Kedua Pulau Pinang yang dicadang untuk dibina kelak. Dalam kajian ini, maklumat primer dan sekunder telah digunakan. Maklumat primer telah diperolehi melalui kaedah soal selidik dan temubual. Keputusan yang diperolehi daripada kajian ini menunjukkan bahawa perkhidmatan ini mengalami kerugian dalam operasi hariannya di samping pengguna yang semakin berkurangan menggunakan perkhidmatan ini. Sekiranya keadaan ini tidak diperbaiki, kemapanan perkhidmatan Feri Pulau Pinang akan terjejas. Cadangan seperti menaikkan taraf perkhidmatan feri kepada feri laju jenis catamaran dan membina pusat perniagaan di terminal feri perlu diteliti agar perkhidmatan ini menjadi pilihan pengguna. Tanpa cadangan alternatif seperti ini, perkhidmatan feri sebenarnya tidak mampu lagi untuk meneruskan operasi hariannya.