Kajian Pengaruh Saiz Partikel Alumina Terhadap Sifat-Sifat Komposit Matriks Logam Aluminium Yang Diperkuatkan Dengan Partikel Alumina Dihasilkan Melalui Kaedah Metalurgi Serbuk

Komposit matriks logam (KML) terdiri daripada fasa matriks logam yang diperkuat dengan penguat supaya sifat mekanikal matriks ditingkatkan. Penguat yang boleh ditambahkan dalam KML ialah filamen tungsten dan seramik. Penambahan partikel seramik ke dalam matriks logam dapat meningkatkan sifat m...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Seow, Eng Heng
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Sains Malaysia 2004
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/57075/1/Kajian%20Pengaruh%20Saiz%20Partikel%20Alumina%20Terhadap%20Sifat%20Sifat%20Komposit%20Matriks%20Logam%20Aluminium%20Yang%20Diperkuatkan%20Dengan%20Partikel%20Alumina%20Dihasilkan%20Melalui%20Kaedah%20Metalurgi%20Serbuk_Seow%20Eng%20Heng.pdf
http://eprints.usm.my/57075/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Komposit matriks logam (KML) terdiri daripada fasa matriks logam yang diperkuat dengan penguat supaya sifat mekanikal matriks ditingkatkan. Penguat yang boleh ditambahkan dalam KML ialah filamen tungsten dan seramik. Penambahan partikel seramik ke dalam matriks logam dapat meningkatkan sifat mekanikal KML. Saiz partikel penguat merupakan satu faktor mikroskopik yang boleh mempengaruhi sifat-sifat KML. Di dalam kajian ini, serbuk aluminium dicampurkan 10 peratus berat serbuk alumina bersaiz 0.3 µm, 1.0 µm, 3.0 µm, 12.5 µm dan 25.0 µm melalui kaedah metalurgi serbuk. Sifat-sifat komposit diuji pada peringkat pencampuran, penekanan dan pensinteran. Morfologi iaitu taburan partikel penguat pada permukaan dan keratan rentas spesimen, permukaan spesimen yang haus serta patah diperhatikan di bawah mikroskop. Sifat-sifat yang diuji ialah fizikal dan mekanikal. Sifat fizikal yang dikaji ialah ketumpatan serbuk, ketumpatan sebelum serta selepas pensinteran dan peratus perubahan linear. Sifat mekanikal yang dikaji ialah kekerasan, modulus sonik, pekali pengembangan terma, haus, kekuatan lentur dan kekuatan tegangan. Secara teori, saiz partikel alumina yang semakin kecil akan menunjukkan peningkatan sifat mekanikal dan ketumpatan. Daripada keputusan, partikel alumina tertabur secara seragam apabila saiz partikel semakin bertambah besar. Serbuk alumina dengan saiz 1.0 μm mempunyai sifat ketumpatan dan mekanikal yang paling rendah. Serbuk alumina bersaiz 25.0 μm menunjukkan sifat kekerasan, rintangan haus dan kekuatan lentur yang paling rendah. Serbuk alumina bersaiz 0.3 μm pula menunjukkan sifat ketumpatan, kekerasan, modulus sonik, pengembangan terma, rintangan hausan dan kekuatan lentur yang paling tinggi.