Aspek Psikofarmakologi Alpinia Galanga (L) Sw. (Lengkuas) Dan Kaempferia Galanga L. (Cekur) Padamencit

Kajian kesan penenang dan anti kemurungan dua spesis tumbuhan Alpinia galanga (lengkuas) dan Kaempferia galanga (cekur) dijalankan untuk mengaitkan kepentingan keseringan spesis tersebut digunakan dalam jamu (persediaan ubatan herba tradisional Melayu). Penggunaan jamu tersebut waktu lepas bersal...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Kasmuri, Abdul Razak
Format: Thesis
Language:English
Published: 1999
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/55447/1/00001521697.pdf
http://eprints.usm.my/55447/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian kesan penenang dan anti kemurungan dua spesis tumbuhan Alpinia galanga (lengkuas) dan Kaempferia galanga (cekur) dijalankan untuk mengaitkan kepentingan keseringan spesis tersebut digunakan dalam jamu (persediaan ubatan herba tradisional Melayu). Penggunaan jamu tersebut waktu lepas bersalin menimbulkan persoalan tentang kesan psikofarmakologinya kerana waktu lepas bersalin merupakan waktu yang paling mudah seseorang itu mendapat gangguan mental atau khususnya depresi. Kaedah ujian psikofarmakologi pada mencit yang digunakan ialah 'The Elevated Plus-maze Test' untuk menyaring kesan penenang dan 'The Behavioural Despair Test' untuk menyaring kesan anti kemurungan. Didapati kedua-dua spesis tersebut dan juga beberapa produk jamu lepas bersalin mempunyai kesan penenang dan anti kemurungan. Hasil kaj ian ini merupakan satu penemuan yang mengutarakan konsep baru penggunaan ubatan tradisional dari aspek psikofarmakologi. Ini boleh membantu merapatkan jurang perbezaan kefahaman antara perubatan moden dan tradisional. Di samping itu iajuga boleh menengahkan satu pendekatan baru bagi usaha menghasilkan drug psikotropik dari tumbuhan.