Investigation Of Edge Detection Techniques Based On Coronary Angiography Images

Kerapkali, imej perubatan X-ray yang berkualiti rendah disebabkan jumlah rasuk unjuran yang digunakan untuk membentuk imej tersebut adalah rendah. Rasuk unjuran minima digunakan untuk mengurangkan kerosakan kepada badan pesakit. Angiografi adalah kelas penting dalam pengimejan perubatan. Imej ter...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Basaier, Jialade
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Sains Malaysia 2017
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/53070/1/Investigation%20Of%20Edge%20Detection%20Techniques%20Based%20On%20Coronary%20Angiography%20Images_Basaier%20Jialade_E3_2017.pdf
http://eprints.usm.my/53070/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kerapkali, imej perubatan X-ray yang berkualiti rendah disebabkan jumlah rasuk unjuran yang digunakan untuk membentuk imej tersebut adalah rendah. Rasuk unjuran minima digunakan untuk mengurangkan kerosakan kepada badan pesakit. Angiografi adalah kelas penting dalam pengimejan perubatan. Imej tersebut diperolehi dengan menggunakan teknik X-ray selepas ejen perbezaan disuntik ke dalam saluran darah pesakit. Angiografi koronari adalah sejenis imej angiografi yang kritikal dan ia boleh digunakan untuk mendiagnosis penyakit serius yang berkaitan jantung dan arteri. Walau bagaimanapun, kebanyakan imej angiografi mengalami masalah pencahayaan bukan seragam dan hingar yang menyebabkan doktor sukar membuat diagnosis yang tepat. Oleh, pemprosesan angiogram adalah diperlukan untuk menghasilkan imej yang lebih jelas untuk doktor menghasilkan diagnosis yang lebih tepat dalam masa yang lebih singkat. Dalam projek ini, pertamanya, angiogram dipertingkatkan menggunakan penyamaan histogram. Kemudian, lima teknik pengesanan pinggir termasuk Roberts cross, Prewitt, Sobel, Canny dan pembaikan algoritma Sobel telah dilaksanakan. Tujuan utama adalah untuk menghasilkan imej jelas menunjukkan garisan saluran darah dan operator Sobel didapati algoritma paling sesuai untuk menganalisa imej angiografi koronari berdasarkan penilaian kuantitatif dan kualitatif.