Konsep Kesejahteraan Wanita Dalam Pekerjaan Daripada Perspektif Islam

Tesis ini bertujuan mengkaji konsep kesejahteraan wanita dalam pekerjaan daripada perspektif Islam. Ia bertitik tolak daripada peningkatan wanita dalam pekerjaan. Jabatan Statistik Malaysia melaporkan peningkatan peratusan wanita yang terlibat dalam pekerjaan sekitar tahun 2011 sehingga 2016. Wal...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Aziz, Nurul Izza Abdul
Format: Thesis
Language:English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/52100/1/NURUL%20IZZA%20BINTI%20ABDUL%20AZIZ%20-%20TESIS%20cut.pdf
http://eprints.usm.my/52100/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tesis ini bertujuan mengkaji konsep kesejahteraan wanita dalam pekerjaan daripada perspektif Islam. Ia bertitik tolak daripada peningkatan wanita dalam pekerjaan. Jabatan Statistik Malaysia melaporkan peningkatan peratusan wanita yang terlibat dalam pekerjaan sekitar tahun 2011 sehingga 2016. Walau bagaimanapun terdapat implikasi daripada penglibatan wanita dalam pekerjaan terhadap ketidaksejahteraan wanita antaranya ketidakseimbangan kehidupan kerja wanita, keterdedahan isu berikutan dengan keselamatan wanita seperti gangguan seksual, konflik kerja keluarga dan diskriminasi di tempat kerja. Isu-isu ini dapat memberikan implikasi negatif terhadap aspek kesejahteraan wanita dan menyebabkan produktiviti serta kualiti pekerjaan menurun. Oleh sebab wanita dalam pekerjaan mempunyai pelbagai peranan maka, isu kesejahteraan wanita dalam pekerjaan tidak sama dengan kesejahteraan lelaki dalam pekerjaan. Dari sisi lainnya, untuk menangani isu kesejahteraan wanita dalam pekerjaan, konsep kesejahteraan yang ada berakar umbikan falsafah Aristotle dan Socrates dan tidak menyentuh mengenai nilai ketauhidan dalam diri manusia. Konsep ini turut dilihat tidak menyentuh aspek wanita secara spesifik serta keperluan-keperluan wanita di tempat kerja sedangkan, kesejahteraan insan daripada perspektif Islam menonjolkan aspek ketauhidan dan aspek ke fungsian manusia. Dengan erti lainnya, konsep-konsep kesejahteraan kini dilihat kontra dengan kesejahteraan daripada perspektif Islam.