Rekabentuk Buku Kanak-Kanak Dewan Bahasa Dan Pustaka : 1958- 1978

Grid, menurut Kamus Dewan, ialah permukaan yang direntangi silangan garis mendatar dan mengufuk yang sekata. Dari segi rekabentuk, grid berrnaksud panduan untuk mewujudkan keseimbangan, keseragaman dan ketcpatan rekaletak. 1 Dalam lain perkataan, grid berrnaksud suatu tunjuk pandu untuk merekale...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Noor, Mohamad Hanif Hj. Md.
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Sains Malaysia 1997
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/51539/1/Reka%20bentuk%20buku%20kanak-kanak.pdf
http://eprints.usm.my/51539/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Grid, menurut Kamus Dewan, ialah permukaan yang direntangi silangan garis mendatar dan mengufuk yang sekata. Dari segi rekabentuk, grid berrnaksud panduan untuk mewujudkan keseimbangan, keseragaman dan ketcpatan rekaletak. 1 Dalam lain perkataan, grid berrnaksud suatu tunjuk pandu untuk merekaletak elemen-elemen buku seperti kulit, bahan awalan, teks, ilustrasi dan bahan akhiran supaya nampak seragam dan berterusan. Seorang penulis Barat, John Laing berpendapat bahawa grid untuk buku kanak-kanak haruslah mudah supaya bacaan mereka tidak terganggu. 2 Elemen-elemen buku yang menjadi bahan kajian ini ialah seperti kulit buku, bahan teks dan ilustrasi kerana elemen-elemen ini sangat penting untuk bahan bacaan kanak-kanak. Bahan awalan dan bahan akhiran tidak terrnasuk di dalam kajian ini. Bahan awalan seperti judul kecil, judul penuh, kandungan, hak cipta dan prakata dipercayai tidak memberi apa-apa kesan yang mendalam kepada kanak-kanak. Bahan akhiran seperti biodata penulis, senarai istilah, glosari dan indeks memang tidak dimuatkan di dalam bahagian ini. Dalam kajian-ini sukatan Iebar, tinggi dan tebal disukat men!:,rikut sistem metrik. Sistem ini sememangnya digunakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk merekabentuk buku.