Penentu Pemilihan Pelaburan Dana Unit Amanah Islam

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis penentu pemilihan pelaburan Dana Unit Amanah Islam (DUAI) dalam kalangan pelabur Muslim di Kelantan. Secara spesifik, objektif kajian ini ialah pertama, mengenal pasti tahap persepsi dan perbezaan demografi terhadap pemilihan pelaburan DUAI. kedua, menganalisi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zahri, Mohd ‘Adli
Format: Thesis
Language:English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/49129/1/new_full%20thesis%20by%20ADLI%20cut.pdf
http://eprints.usm.my/49129/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menganalisis penentu pemilihan pelaburan Dana Unit Amanah Islam (DUAI) dalam kalangan pelabur Muslim di Kelantan. Secara spesifik, objektif kajian ini ialah pertama, mengenal pasti tahap persepsi dan perbezaan demografi terhadap pemilihan pelaburan DUAI. kedua, menganalisis penentu yang mempengaruhi secara langsung terhadap pemilihan pelaburan DUAI; dan ketiga, menganalisis penentu yang mempengaruhi secara tidak langsung terhadap pemilihan pelaburan DUAI. Kajian ini bertitik tolak daripada trend menaik dalam pelaburan DUAI dari tahun 2014 hingga tahun 2018, secara purata DUAI menguasai 343.9 bilion (66.9 peratus) dari segi unit pelaburan dan RM332.8 bilion (87.6 peratus) dari segi nilai aset bersih daripada keseluruhan Dana Unit Amanah (DUA) di Malaysia. Peningkatan ini berlaku dengan ketara terhadap pelaburan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) yang merupakan salah satu daripada DUAI. ASNB di negeri Kelantan mempamerkan kenaikan sebanyak 66.7 peratus untuk unit dalam edaran dan sebanyak 20.9 peratus untuk bilangan akaun dari tahun 2010 hingga 2015. Negeri Kelantan merupakan sebuah negeri yang terkenal dengan gaya hidup Islam termasuklah dari sudut perekonomian. Walau bagaimanapun, apakah faktor agama mempengaruhi penentu pemilihan pelaburan DUAI? Adakah faktor intrinsik (persepsi, kefahaman dan kesedaran) atau faktor ekstrinsik (pemasaran, ciri-ciri produk dan perkhidmatan) mempengaruhi penentu pemilihan pelaburan DUAI? Data daripada 300 responden dalam kalangan pelabur DUAI di Kelantan dianalisis secara analisis kuantitatif dengan menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferens.