Aplikasi Konsep Mutawatir Dalam Ilmu Qiraat Sebagai Kaedah Penentu Kesahan Dan Kebolehpercayaan Data Dalam Kaedah Penyelidikan Berteraskan Islam

Terdapat beberapa kaedah dalam tradisi keilmuan Islam bagi memastikan kesahihan dan kebolehpercayaan maklumat, khususnya berkaitan ilmu wahyu. Antara kaedah tersebut ialah sanad mutawatir dalam ilmu qiraat. Sanad mutawatir merupakan salah satu daripada tiga syarat bagi qiraat mutawatirat. Namun begi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Aziz, Nur Sakiinah Ab
Format: Thesis
Language:English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/48318/1/Nur%20Sakiinah_hj.pdf
http://eprints.usm.my/48318/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Terdapat beberapa kaedah dalam tradisi keilmuan Islam bagi memastikan kesahihan dan kebolehpercayaan maklumat, khususnya berkaitan ilmu wahyu. Antara kaedah tersebut ialah sanad mutawatir dalam ilmu qiraat. Sanad mutawatir merupakan salah satu daripada tiga syarat bagi qiraat mutawatirat. Namun begitu, timbul beberapa persoalan penting dalam kajian ini. Bolehkah sanad mutawatir dijadikan satu konsep kepada kaedah penentu kesahan dan kebolehpercayaan data (KPKKD) dalam penyelidikan yang berkaitan Islam dan orang Islam? Bagaimanakah KPKKD yang terdapat dalam ilmu qiraat iaitu sanad mutawatir sesuai digunakan dalam membina suatu kaedah penyelidikan berteraskan Islam (KPBI)? Berdasarkan persoalan tersebut, kajian ini bertujuan mencapai tiga objektif. Pertama, mengenal pasti sejarah ilmu qiraat. Kedua, menganalisis KPKKD berdasarkan konsep mutawatir. Ketiga, merumuskan aplikasi konsep mutawatir dalam KPBI. Bagi mencapai kesemua objektif ini, kajian dokumen yang berbentuk kualitatif asas ini menggunakan kaedah analisis kandungan. Kaedah analisis kandungan dilakukan bagi mengenal pasti, mengumpul dan menganalisis semua dokumen yang berkaitan ilmu qiraat khususnya sanad mutawatir. Hasil kajian mendapati terdapat tiga elemen utama bagi konsep mutawatir. Elemen-elemen tersebut ialah ciri-ciri perawi, bilangan perawi, dan kaedah talaqqi. Elemen-elemen tersebut dianalisis, dirumuskan, dan terhasil 33 manfaat. Kesemua elemen dan manfaat tersebut diaplikasikan terhadap pengkaji, informan, dan data.