Pengaruh Kepimpinan Instruksional Pengetua, Ketarasedar Organisasi, Dan Tanggapan Sokongan Organisasi Terhadap Sikap Optimistik Akademik Guru

Kajian ini bertujuan untuk meneliti pengaruh kepimpinan instruksional pengetua terhadap sikap optimistik akademik guru, tanggapan sokongan organisasi, dan ketarasedar organisasi. Selain itu, kajian ini bertujuan mengkaji sama ada terdapat pengaruh moderasi tanggapan sokongan organisasi terhadap hubu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Subramaniom, Sivasanggar
Format: Thesis
Language:English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/48240/1/PENGARUH%20KEPIMPINAN%20INSTRUKSIONAL%20PENGETUA%2C%20KETARASEDAR%20ORGANISASI%2C%20DAN%20TANGGAPAN%20SOKONGAN%20ORGANISASI%20TERHADAP%20SIKAP%20OPTI~1%20cut.pdf
http://eprints.usm.my/48240/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk meneliti pengaruh kepimpinan instruksional pengetua terhadap sikap optimistik akademik guru, tanggapan sokongan organisasi, dan ketarasedar organisasi. Selain itu, kajian ini bertujuan mengkaji sama ada terdapat pengaruh moderasi tanggapan sokongan organisasi terhadap hubungan antara kepimpinan instruksional pengetua, dan ketarasedar organisasi dengan sikap optimistik akademik guru. Di samping itu, kajian ini bertujuan meneliti pandangan guru-guru tentang kepimpinan instruksional pengetua, ketarasedar organisasi, dan tanggapan sokongan organisasi dalam mempengaruhi sikap optimistik akademik guru. Kajian ini menggunakan kaedah gabungan (KUAN-Kual) untuk memperoleh data. Bagi kaedah kuantitatif seramai 775 responden guru yang dipilih secara rawak daripada 155 buah sekolah menengah negeri Kedah Darul Aman dan Pulau Pinang. Data diperoleh daripada set soal selidik yang terdiri daripada lima bahagian. Soal selidik asal Kepimpinan Instruksional Pengetua iaitu Principal Instructional Management Rating scale yang diperkenalkan oleh Hallinger (1990) diterjemahkan oleh Institut Aminuddin Baki (IAB). Manakala, ketarasedar organisasi pula diukur dengan menggunakan Skala Ketarasedar Organisasi Sekolah M-S (School Mindfulness Scale –M-Scale) oleh Hoy dan Gage (2003). Seterusnya, sikap optimistik akademik guru diukur dengan TAOS-S (Teachers Sense of Academic Optimism) oleh Hoy, Fahy dan Wu (2010).