Tanggapan jururawat di HUSM terhadap pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan PPSK semasa di penempatan klinikal

Pengenalan: Semasa pelajar ljazah Sarjana Muda Kejururawatan ditempatkan di wad-wad medikal dan surgikal Hospital Universiti Sains Malaysia, pelbagai komen telah diperolehi daripada jururawat berkaitan dengan tanggapan dan harapan mereka terhadap pelajar ljazah Sarjana Muda Kejururawatan dari seg...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nyumes, Mawar
Format: Monograph
Language:English
Published: Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia 2006
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/47858/1/MAWAR%20NYUMES-24%20pages.pdf
http://eprints.usm.my/47858/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengenalan: Semasa pelajar ljazah Sarjana Muda Kejururawatan ditempatkan di wad-wad medikal dan surgikal Hospital Universiti Sains Malaysia, pelbagai komen telah diperolehi daripada jururawat berkaitan dengan tanggapan dan harapan mereka terhadap pelajar ljazah Sarjana Muda Kejururawatan dari segi kemahiran, pengetahuan dan sikap para pelajar. Namun begitu, daripada semakan bacaan yang dilakukan didapati bahawa kurangnya kajian yang dilakukan untuk mengkaji ekspektasi jururawat terhadap pelajar ljazah Sarjana Muda Kejururawatan semasa di penempatan klinikal. Untuk itu satu kajian telah dibuat bagi mengkaji tanggapan jururawat terhadap pelajar ljazah Sarjana Muda Kejururawatan semasa di penempatan klinikal. Objektif : - Kajian dilakukan untuk mengetahui tanggapan jururawat terhadap pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan semasa di penempatan klinikal. Metodologi kerja : - Kajian telah disertai oleh 35 orang jururawat di wad medikal ( 7 Selatan, 7 Utara) dan wad surgikal ( 4 Selatan, 4 Timur Depan, 2 Utara, 3 Utara) Hospital Universiti Sains Malaysia. Antara kriteria inklusi adalah jururawat yang bekerja di wad-wad medikal dan surgikal Hospital Universiti Sains Malaysia. Pengambilan sampelnya dipilih secara kesenangan iaitu jururawat yang ada pada masa kajian di jalankan. Kajian ini menggunakan borang soal selidik. Data-data di kumpul dan di proses menggunakan statistical package for social science (SPSS) versi 11.0 dan analisa dilakukan secara deskriptif. Keputusan : - Keputusan penyelidikan ini telah menunjukkan tanggapan jururawat terhadap pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan adalah pada tahap yang baik semasa di penempatan klinikal iaitu pelajar dianggap dapat menjalankan tugas dengan pengawasan yang minimum .. Kesimpulan : - Hasil keputusan penyelidikan ini telah menunjukkan satu tanggapan jururawat terhadap pelajar ljazah Sarjana Muda Kejururawat semasa penempatan klinikal di Hospital Universiti Sains Malaysia. Hasil dari penyelidikan ini juga, di harapkan agar dapat membantu pelajar kejururawatan meningkatkan prestasi semasa penempatan klinikal.