Liputan Jenayah Rasuah Dalam Akhbar Tempatan: Satu Kajian Kes.

Jenayah rasuah merupakan satu masalah ''universal'', bukan sahaja dihadapi oleh negara-negara membangun seperti Malaysia, tetapi juga negara-negara maju di seluruh dunia. Keadaan ini dapat dilihat dengan jelas berdasarkan liputan meluas tentang jenayah rasuah yang dilaporkan o...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Arbak, Arinie Aslinda
Format: Thesis
Language:English
Published: 2005
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/46654/1/Arinie%20Aslinda%20Bt%20Arbak.pdf
http://eprints.usm.my/46654/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Jenayah rasuah merupakan satu masalah ''universal'', bukan sahaja dihadapi oleh negara-negara membangun seperti Malaysia, tetapi juga negara-negara maju di seluruh dunia. Keadaan ini dapat dilihat dengan jelas berdasarkan liputan meluas tentang jenayah rasuah yang dilaporkan oleh akhbar yang dikaji. Sebagai media cetak utama, akhbar memainkan peranan penting dalam menyebarkan berita dan laporan terkini kepada masyarakat. Pelbagai maklumat dan topik perbincangan dapat diketahui oleh masyarakat melalui akhbar, antaranya ialah liputan tentang jenayah. Di samping liputan tentang jenayah pembunuhan, samun, rompakan, rogol, ragut dan beberapa jenayah ganas yang lain, akhbar juga telah menjadi salah satu media massa penting yang melaporkan jenayah rasuah di kalangan masyarakat. Analisis kandungan akhbar telah dijalankan untuk melihat bentuk pelaporan jenayah rasuah dalam akhbar Utusan Malaysia termasuk Mingguan Malaysia dari 1 Mei 2004 hingga 30 April 2005. Selain itu, temubual bersemuka juga telah dijalankan dengan Pengarang Kumpulan Utusan untuk mendapatkan penjelasan lanjut tentang pelaporan jenayah rasuah secara lebih terperinci.