Kajian linguistik dan kesantunan yang menggunakan facebook di Malaysia : satu tinjauan literatur

Kesantunan ialah satu bentuk perlakuan yang mewujudkan dan mengekalkan pengiktirafan diri dalam sesuatu interaksi sosial (Leech, 1983). Interaksi dengan penggunaan bahasa yang tepat merupakan kesantunan bahasa yang menjadi asas untuk menjamin keharmonian perbualan antara penutur dan pendengar (Grice...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Irahimi, Nur Hamimah Muhammad, Abu, Norsofiah Bakar, Yusoff, Radiah
Format: Book Section
Language:English
Published: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan 2019
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/46528/1/ART%2013.pdf
http://eprints.usm.my/46528/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kesantunan ialah satu bentuk perlakuan yang mewujudkan dan mengekalkan pengiktirafan diri dalam sesuatu interaksi sosial (Leech, 1983). Interaksi dengan penggunaan bahasa yang tepat merupakan kesantunan bahasa yang menjadi asas untuk menjamin keharmonian perbualan antara penutur dan pendengar (Grice, 1975; Grundy, 2000; Rabahyah dan Zaitul Azma, 2017). Kesantunan bahasa yang digunakan di laman facebook oleh pengguna di Malaysia menunjukkan pelbagai fungsi dan maksim dalam penyampaian mereka secara tulisan. Sebagai contoh, meminta, mendesak, menyatakan, beramah tamah, mengecam dan sebagainya. Oleh itu, kajian ini adalah untuk mengkaji kesantunan bahasa yang digunakan dalam ruangan komen di laman facebook. Kajian ini adalah untuk menganalisis kajian linguistik yang menggunakan laman facebook oleh pengguna di Malaysia. Kajian ini juga untuk mengenal pasti kajian linguistik tentang kesantunan bahasa di laman facebook oleh pengguna di Malaysia berdasarkan kajian-kajian terdahulu. Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan yang merujuk kajian-kajian lepas sebagai bahan kajian. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat banyak kajian linguistik yang dilakukan dengan menggunakan facebook di Malaysia. Namun begitu, kajian kesantunan bahasa yang menggunakan facebook adalah kurang dilakukan khususnya kajian di Malaysia.