Konflik Di Selatan Thailand: Satu Kajian Dan Analisis Demonstrasi Takbai

Kejadian Demonstrasi Takbai yang berakhir dengan tragedi pada 25 Oktober 2004 telah menarik perhatian ramai pihak dari dalam dan luar tentang konflik di Selatan Thailand. Dengan jumlah kematian 85 orang di pihak penunjuk perasaan akibat daripada tindakan pasukan keselamatan telah membawa perubahan t...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Awae, Khosalee
Format: Teaching Resource
Language:English
Published: Universiti Sains Malaysia 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/46126/1/Khosalee%2024.pdf
http://eprints.usm.my/46126/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kejadian Demonstrasi Takbai yang berakhir dengan tragedi pada 25 Oktober 2004 telah menarik perhatian ramai pihak dari dalam dan luar tentang konflik di Selatan Thailand. Dengan jumlah kematian 85 orang di pihak penunjuk perasaan akibat daripada tindakan pasukan keselamatan telah membawa perubahan terhadap polisi dan pendekatan kerajaan Thailand menangani isu konflik ini. Oleh itu, kajian ini ditumpukan kepada demonstrasi Takbai untuk melihat samada ia telah menjadi perangsang kepada perubahan konstruktif di Selatan Thailand. Secara umumnya kajian ini adalah untuk melihat samada demonstrasi boleh dijadikan satu mekanisme dalam mengubah situasi konflik ke arah yang membina dan mencapai penyelesaian. Antara isu-isu yang mendorong kepada demonstrasi Takbai adalah berkaitan dengan ketidakadilan terhadap identiti, politik, pendidikan dan keselamatan Orang Melayu Patani. Demonstrasi Takbai boleh dilihat sebagai klimaks konflik di Selatan Thailand sebelum aktor-aktor konflik mulai kendur dalam menggunakan kekerasan di Selatan Thailand. Oleh yang demikian, persoalan kajian yang diungkapkan dalam kajian ini termasuk apakah isu-isu utama dan sampingan yang membawa kepada konflik di Selatan Thailand, serta siapakah yang menjadi aktor-aktor utama dan sampingan yang memainkan peranan penting dalam konflik ini. Selain itu, adakah demonstrasi-demonstrasi yang telah berlaku mempunyai impak kepada konflik di Selatan Thailand. Skop kajian ini adalah dari tahun 2004 iaitu selepas insiden Takbai berlaku hingga tahun 2010. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis kandungan yang menjadikan data primer dan sekunder sebagai bahan analisis. Metodologi yang digunakan adalah melalui proses temu bual untuk mendapatkan data primer dengan menggunakan pensampelan yang dikategorikan kepada mangsa, NGO, ketua-ketua pertubuhan, pegawai kerajaan dan penduduk tempatan terutamanya dari tiga wilayah konflik Selatan Thailand iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat sebagai responden. Kaedah snowball digunakan untuk mendapatkan responden khususnya pihak-pihak yang terlibat secara langsung dalam tragedi Takbai. Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa demonstrasi-demonstrasi yang telah berlaku khususnya demonstrasi di Takbai telah berjaya mengubah polisi kerajaan Thailand menjadi lebih lembut akibat daripada perhatian pihak luar terhadap isu-isu hak asasi manusia dan meningkatnya aktiviti-aktiviti pembinaan perdamaian selepas kejadian ini berlaku. Kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa implikasi dari demonstrasi Takbai adalah kurangnya keganasan dan perubahan dalam situasi konflik di Selatan Thailand ke arah penyelesaian. Perubahan-perubahan yang berlaku ini sedikit sebanyak telah mengubah struktur konflik yang lebih membina dan membuka ruang kepada proses dialog dan perundingan.