Komposit Hibrid Vinil Ester Diperkuat Gentian Tandan Buah Kosong Kelapa Sawit Dengan Gentian Kaca

Peningkatan bahan buangan sisa pertanian dan penghasilan bahan sintetik (gentian kaca) telah menyumbang kepada pelbagai masalah alam sekitar. Hal ini telah menarik minat para saintis untuk mencari idea baru bagi mengatasi masalah ini. Alternatif kepada masalah ini, komposit hibrid vinil ester dip...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Kang, Chen Wai
Format: Thesis
Language:English
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/45889/1/KANG%20CHEN%20WAI_HJ.pdf
http://eprints.usm.my/45889/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Peningkatan bahan buangan sisa pertanian dan penghasilan bahan sintetik (gentian kaca) telah menyumbang kepada pelbagai masalah alam sekitar. Hal ini telah menarik minat para saintis untuk mencari idea baru bagi mengatasi masalah ini. Alternatif kepada masalah ini, komposit hibrid vinil ester diperkuat gentian tandan buah kosong kelapa sawit dengan gentian kaca dihasilkan. Gentian tandan buah kosong kelapa sawit mempunyai dua jenis pemulpaan, iaitu pulpa mekanik dan pulpa kimia yang berbeza diguna untuk menghasilkan komposit-komposit terhibrid. Komposit hibrid laminat gentian tandan buah kosong kelapa sawit dan gentian kaca dihasilkan pada nisbah pecahan yang berlainan (pecahan isipadu gentian) antara laminat-laminat dalam bod komposit terhibrid [50:50, 60:40, 70:30, 80:10. 90:10] , 100% OPEFB dan 100% CSM. Ujian mekanikal (Fleksural, Tensil, dan Hentaman Charpy) dan kadar penyerapan air telah dijalankan. Analisis mikroskop penskanan electron turut dijalankan untuk mengkaji pengaruh faktor kualiti pelekatan antara gentian dengan matriks terhadap prestasi sifat mekanikal dan fizikal yang dipamerkan oleh komposit. Sifat mekanikal komposit hibrid vinil ester diperkuat gentian menunjukkan peningkatan dengan peratus berat pengukuh. Komposit Vinil Ester-OPEFB mempamerkan prestasi yang lebih rendah berbanding komposit Vinil Ester-CSM. Walau bagaimanapun, penambahan gentian kaca ke dalam komposit gentian tandan buah kosong kelapa sawit dapat memperbaiki sifat mekanikal dan fizikal komposit ini. Ujian terhadap kesan biologikal menunjukkan pengurangan kadar penyusutan sifat mekanikal komposit Vinil Ester- OPEFB dengan penambahan gentian kaca ke dalam komposit.