Metode Dakwah Organisasi Islam (1990-2011) Dalam Perkembangan Tamadun Islam Di Selatan Thailand

Kajian tentang perkembangan tamadun Islam di Selatan Thailand terhadap organisasi-organisasi dakwah dari sudut metode pelaksanaan dakwah ini bertujuan untuk menjawab persoalan 1) Bagaimanakah sejarah kemunculan dan perkembangan organisasi-organisasi dakwah Islamiah di Selatan Thailand? 2)Bagaiman...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Uma, Abdulah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/45020/1/Abdulah%20Uma24.pdf
http://eprints.usm.my/45020/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian tentang perkembangan tamadun Islam di Selatan Thailand terhadap organisasi-organisasi dakwah dari sudut metode pelaksanaan dakwah ini bertujuan untuk menjawab persoalan 1) Bagaimanakah sejarah kemunculan dan perkembangan organisasi-organisasi dakwah Islamiah di Selatan Thailand? 2)Bagaimanakah organisasi-organisasi agama melaksanakan metode dakwah Islamiah di Selatan Thailand? 3) Apakah permasalahan yang dihadapi oleh pendakwah Islam di Selatan Thailand.”. Bagi menjawab persoalan tersebut, tesis ini menetapkan angkubah bebas empat faktor : 1) metode dakwah faktor sekolah agama; 2) metode dakwah faktor organisasi Islam tempatan dan 3) metode dakwah faktor pendidikan akademik umat Islam, 4) Metode dakwah faktor peranan ulama dan institusi dakwah Tidak Formal dan “metode pelaksanaan dakwah muncul” sebagai angkubah tidak bebas sebagai mendapatkan nilai-nilai ‘kemungkinan’(probability) yang berkaitan dengan bagaimana metode pelaksanaan dakwah muncul. Tesis ini dikendalikan mengikut pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Bagi aspek kuantitatif, persepsi-persepsi tokohtokoh alim ulama dan guru-guru sekolah agama dari kawasan wilayah Pattani, Yala dan Narathiwat (Selatan Thailand) di himpun melalui kaedah temu bual dan soal selidik yang dijalankan ke atas seramai 100 orang. Kaedah-kaedah tersebut digunakan dengan tujuan mendapatkan data primer untuk dianalisis dalam menjawab persoalan kajian ini. Data berbentuk frekuensi diubah kepada peratusan untuk menafsirkan jawapan persoalan tersebut (bagaimanakah metode pelaksanaan dakwah muncul). Hasil kajian ini mendapati bahawa metode pelaksanaan dakwah yang digunakan di Selatan Thailand banyak berkaitan dengan empat faktor peningkatan: pendidikan akademik Islam (94.80%), sekolah agama (91.02%), organisasi Islam tempatan (81.02%), dan peranan ulama dan institusi dakwah tidak formal (86.08%). Manakala dari aspek kualitatif, empat metode pelaksanaan dakwah ditekankan dalam temu bual: 1) lisan; 2) tulisan; 3) bi al-Hal dan 3) media massa. Secara amnya, kesemua metode tersebut adalah penting di Selatan Thailand. Metode secara lisan sesuai untuk golongan yang kurang membaca atau buta huruf. Manakala, metode secara tulisan, bi al-Hal dan media massa sesuai untuk golongan yang gemar membaca. Secara keseluruhannya, masalah yang lazim dihadapi dalam dakwah adalah kepelbagaian tingkah laku dalam setiap budaya, masalah yang dihadapi oleh golongan minoriti Islam Melayu Patani dan ketidakadilan kerajaan Thai terhadap Islam.