Hubungan India dan Kedah Tua

Kedatangan pengembara India ke Nusantara telah bennula sejak zaman Sebelum Masihi lagi. pada ketika itu, masyarakat di Kepulauan Melalu masih berada pada zaman Neolitik akhir atau zaman awal perkembangan maritim. Perkembangan tamadun di benua kecil India yang berlaku jauh lebih awal dari perkemba...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Khaw, Nasha Rodziadi
Format: Book Section
Language:English
Published: Universiti Sains Malaysia 2017
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/44962/1/16.%20Hubungan%20India%20dan%20Kedah%20Tua.pdf
http://eprints.usm.my/44962/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kedatangan pengembara India ke Nusantara telah bennula sejak zaman Sebelum Masihi lagi. pada ketika itu, masyarakat di Kepulauan Melalu masih berada pada zaman Neolitik akhir atau zaman awal perkembangan maritim. Perkembangan tamadun di benua kecil India yang berlaku jauh lebih awal dari perkembangan tamadun-tamadun lain di Asia Timur rnenyebabkan perkernbangan teknologi pelayaran rnereka berkembang lebih awal. Sehingga kini, sumber penulisan India yang memberikan catatan dan rekod yang jelas menunjukkan bahawa wujud ekspedisi-ekspedisi pelayaran dari India ke Kepulauan Melayu adalah amat k-urang. Walau bagaimanapun, penemuan arkeologi seda karya-karya sastera awal yang wujud sedikit sebanyak mampu memberikan gambaran mengenai persepsi pengembara dan pedagang India mengenai Kepulauan Melayu. Kawasan perairan Asia Tenggara semestinya merupakan satu tempat yang amat asing bagi pengembara India dan mereka membuat rekod mengikut kaca mata keadaan sosiobudaya mereka. Seterusnya, kebanyakan gambaran mengenai kawasan perairan Asia Tenggara dimanifestasikan ke dalam hasil-hasil kerja kesusasteraan mereka. Walau bagaimanapun, adalah disedari bahawa pengetahuan yang mereka miliki tentang kepulauan Melayu tidak pemah direkod dengan sempuma. Berbanding dengan sumber-sumber penulisan lain, sumber India lebih banyak memberi keutamaan kepada pelabuhan Kedah Tua. Hal ini berkaitrapat dengan lokasi pelabuhan Kedah Tua yang terletak di pintu Selat Melaka serla Teluk Bengal dan Pantai Timur India. Oleh yang dernikian, iokasi yang strategik menyebabkan para pedagang dan pengembara dari pantai Timur India hingga ke delta Ganges lebih terlumpu pada pelabuhan Kedah Tua tersebut. Berdasarkan kepada keberadaannya, pelabuhan Kedah Tua yang memiliki lebih banyak kepentingan perdagangan kepada pedagang-pedagang lndia berbanding dengan pelabuhan di Kepuiauan Melayu. Berdasarkan kepada rekod bertulis dan penemuan arkeologi, makalah ini akan cuba untuk membincangkan bentuk hubungan yang wujud antara Kedah Tua dan India, dan sejauhmana sejarah hubungan tersebut dapat menyumbang kepada sejarah nasional.