Menilai pengetahuan dan komplian jururawat dan doktor terhadap polisi pencucian tangan di wad 1 nilam
Amalan pencucian tangan ini adalah panting di kalangan ahli kesihatan terutamanya jururawat dan doktor iaitu sebelum dan selepas melakukan prosedur dan menyentuh pesakit. Tujuan pencucian tangan adalah untuk mengurangkan jumlah mikrorganisma di atas tapak tangan dan kulit. Kebanyakan infeksi nos...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2003
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.usm.my/44634/1/PTA...Menilai%20Pengetahuan%20Dan%20Komplian%20Jururawat%20Dan%20Doktor%20Terhadap%20Polisi%20Pencucian%20Tangan%20Di%20Wad%201%20Nilam%20%28Neonatal%20Intensive%20Care%20Unit%29...2003...-24%20pages.pdf http://eprints.usm.my/44634/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Amalan pencucian tangan ini adalah panting di kalangan ahli kesihatan
terutamanya jururawat dan doktor iaitu sebelum dan selepas melakukan prosedur
dan menyentuh pesakit. Tujuan pencucian tangan adalah untuk mengurangkan
jumlah mikrorganisma di atas tapak tangan dan kulit. Kebanyakan infeksi
nosokomial akan menyebabkan morbiditi dan mortaliti ke atas pesakit. Tujuan
kajian ini dilakukan untuk menilai keberkesanan program intervensi amalan
pencucian tangan berkaitan pengetahuan dan komplian di kalangan kakitangan 1
Nilam setahun yang lalu.
Kajian ini berbentuk keratan rentas melibatkan semua kakitangan 1 Nilam
(jururawat dan doktor), ia dijalankan selama sebulan tempoh waktu (Oktober,
2002). Kaedah kajian menggunakan pemerhatian dan borang seal selidik.
Pemerhatian ke atas sampel berkaitan dengan kekerapan mencuci tangan
sebelum dan selepas menyentuh bayi dan melakukan prosedur. Pemerhatian
dilakukan secara rahsia dengan menggunakan borang semakan dari jam pukul
0700 hingga 1630 selama 2 minggu. Borang seal selidik diberi 2 minggu selepas
pemerhatian dilakukan.
Seramai 35 orang jururawat dan 8 orang doktor yang terlibat. Dalam
kajian seal selidik terse but didapati hampir 100% doktor faham tentang amalan
pencucian tangan dan jururawat adalah 80%, hanya 20% soalan yang tidak
I
dijawab dengan tepat. Secara keseluruhannya tahap pengetahuan merekaadalah baik. Daripada pemerhatian didapati "baby-contact" adalah 455 (pada
tahun 2002), dimana amalan pencucian sempurna telah meningkat iaitu 71.20%
dan pencucian tangan tidak sempurna ialah 28.79% di kalangan doktor dan
jururawat.
Amalan pencucian tangan sangat panting dalam mencegah infeksi
nosokomial. walaupun jumlah pencucian tangan· tidak mencapai 100%, namun
komplian terhadap pencucian tangan adalah kekal diamalkan selepas setahun
kem"pen dijalankan. Untuk meningkatkan amalan ini intervensi pendidikan
kesihatan, promosi, pengukuhan dan penialaian semula perlu dilakukan 2 hingga
3 kali setahun supaya pengetahuan dan amalan adalah seiring dan boleh
diaplikasikan di kawasan klinikal. Masalah komplian ialah satu masalah yang
sukar diatasi kerana melibatkan tingkahlaku dan personaliti seseorang individu.
Peranan Jururawat Kawalan lnfeksi juga panting bekerjasama dan membantu
demi meningkatkan kualiti penjagaan dan perkhidmatan yang terbaik kepada
klien. |
---|