Zinc Oxide, Organoclay And Silica In Crosslinked Polyethylene Composite For Cable Insulation

Kajian ini menyiasat prestasi pengisi nano terhadap sifat morfologi, elektrik, mekanikal dan fizikal matriks polietilena bersambung silang (XLPE). Dalam kajian ini, zink oksida (ZnO) dan silikon dioksida (SiO2) digunakan sebagai pengisi nano tidak terawat, manakala pengisi nano terawat adalah ZnO te...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Salim, Siti Nur Hajar Abdul
Format: Thesis
Language:English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/44236/1/Zinc%20Oxide%2C%20Organoclay%20And%20Silica%20In%20Crosslinked%20Polyethylene%20Composite%20For%20Cable%20Insulation.pdf
http://eprints.usm.my/44236/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini menyiasat prestasi pengisi nano terhadap sifat morfologi, elektrik, mekanikal dan fizikal matriks polietilena bersambung silang (XLPE). Dalam kajian ini, zink oksida (ZnO) dan silikon dioksida (SiO2) digunakan sebagai pengisi nano tidak terawat, manakala pengisi nano terawat adalah ZnO terawat 3-aminopropiltrietoksilen (KH550-ZnO), SiO2 terawat 3-4-aminopropiltrietoksilen (KH550-SiO2) dan organoclay (OMMT). Pengisi nano dicampur dengan XLPE menggunakan pengadun dalaman, dan kemudian ditekan acuan pada 160 °C. Peratusan berat yang berlainan (1, 2, 3 dan 4 % bt.) dikompaunkan dalam pengisi nano tidak terawat, dan peratusan berat untuk pengisi nano terawat adalah 1 dan 2 % bt. Nisbah yang berbeza (75/25, 50/50 dan 25/75) dalam jumlah 2 % bt. pemuatan pengisi telah dikompaun dalam nanokomposit hibrid. Keputusan menunjukkan bahawa penambahan pengisi nano tidak terawat meningkatkan kekuatan pecah, kadar pembakaran dan sifat tegangan. Prestasi terbaik nanokomposit didapati pada 1 % bt. SiO2/ XLPE berdasarkan ciri-ciri yang paling menonjol. Pengubahsuaian permukaan pengisi nano meningkatkan hubungan antara pengisi dan matriks melalui ikatan kimia. Pengisi nano diubahsuai permukaannya juga telah meningkatkan kekuatan pecahan, kadar pembakaran dan sifat tegangan. Dalam kajian ini, 1 % bt. OMMT / XLPE menunjukkan prestasi yang lebih baik berdasarkan ciri-ciri yang paling menonjol jika dibandingkan dengan pengisi nano terawat yang lain. Dalam nanokomposit hibrid, nisbah pengisi terbaik adalah 25/75 ZnO / OMMT. Sebagai perbandingan dengan XLPE tanpa pengisi, peningkatan yang ketara telah dilihat dalam pemalar dielektrik (4 %), kekuatan pecahan (9 %), kadar pembakaran (13 %), kekuatan tegangan (57 %), pemanjangan putus (54 %) dan modulus Young (36 %). Oleh itu, ia sesuai digunakan untuk penebat kabel. _______________________________________________________________________________________________________ This study investigates the performance of nanofillers on morphology, electrical, mechanical and physical properties of crosslinked polyethylene (XLPE) matrix. In this study, zinc oxide (ZnO) and silicone dioxide (SiO2) were used as untreated nanofiller, while treated nanofiller were 3-aminopropyltriethoxysilane treated ZnO (KH550-ZnO), 3-4-aminopropyltriethoxysilane treated SiO2 (KH550-SiO2) and organoclay (OMMT). The nanofillers were mixed with XLPE using internal mixer, and then, press-moulded at 160 °C. Different weight percentages (1, 2, 3 and 4 wt. %) were compounded in untreated nanofillers, and the weight percentages for treated were 1 and 2 wt. %. Different ratios (75/25, 50/50 and 25/75) in a total of 2 wt. % filler loading were compounded in hybrid nanocomposites. The results showed that the addition of untreated nanofillers improved breakdown strength, burning rate and tensile properties. The best performance of nanocomposite was found at 1 wt. % SiO2/XLPE based on the most prominence properties. The addition of surface modified nanofiller enhanced the interface interaction between the filler and the matrix via chemical bonding. The surface modified nanofiller also improved the breakdown strength, burning rate and tensile properties. In this study, 1 wt. % OMMT/XLPE showed better performance based on the most prominence properties compared to other treated nanofiller. In hybrid nanocomposites, the best filler ratio was 25/75 ZnO/OMMT. In comparison with unfilled XLPE, significant improvement is observed in dielectric constant (4 %), breakdown strength (9 %), burning rate (13 %), tensile strength (57 %), elongation at break (54 %) and Young’s modulus (36 %). Therefore, it is suitable for cable insulation.