Meninjau masalah berkaitan imobilisasi dalam kalangan pesakit ortopedik(HUSM), Kelantan, Malaysia

lmobilisasi mengakibatkan pesakit lebih lama dirawat. Pesakit ortopedik adalah golongan yang amat berisiko mengalami dan mendapat komplikasi akibat daripada rawatan imobilisasi tersebut. Kajian ini bertujuan untuk meninjau masalah yang berkaitan dengan imobilisasi dalam kalangan pesakit ortopedik...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hamid, Fatimah Abdul
Format: Thesis
Language:English
Published: 2004
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/44152/1/LI...Fatimah%20Binti%20Abdul%20Hamid...2004...-24%20pages.pdf
http://eprints.usm.my/44152/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:lmobilisasi mengakibatkan pesakit lebih lama dirawat. Pesakit ortopedik adalah golongan yang amat berisiko mengalami dan mendapat komplikasi akibat daripada rawatan imobilisasi tersebut. Kajian ini bertujuan untuk meninjau masalah yang berkaitan dengan imobilisasi dalam kalangan pesakit ortopedik. Kajian pilot telah dijalankan untuk mengemas kini soalan-soalan yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh pesakit. Seramai 30 orang pesakit dari wad ortopedik HUSM telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Pengumpulan data telah dilakukan mengunakan borang soal selidik berstruktur data sosial demografi, masalah berkaitan dengan imobilisasi dan tindakkan perawatan yang telah dilakukan oleh jururawat. Di antara masalah yang berkaitan imobilisasi pesakit ortopedik yang dapat dikenal pasti adalah mereka memerlukan bantuan untuk menjalankan aktiviti harian, mengalami sakit belakang, kebosanan dan masalah spiritual seperti tiada tempat yang selesa untuk beribadat. Keputusan menunjukkan tindakan perawatan perlu ditingkatkan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pesakit ortopedik HUSM. Sebagai rumusan masalah berkaitan dengan imobilisasi dalam kalangan pesakit ortopedik kebanyakkan boleh diatasi jika tindakan perawatan dilakukan secara berterusan dan mendapat kerja sama dari pesakit.