Perkembangan dan Pencapaian Gerakan Wanita Era Pra Merdeka: Perbandingan Tanah Melayu dan Indonesia

Pergerakan wanita di Malaysia dan Indonesia berasal-muasal dan membangun dalam konteks era pra merdeka iaitu perjuangan kemerdekaan tanah air. Oleh itu, kertas kerja ini bertujuan untuk membandingkan aspek-aspek gerakan wanita di Tanah Melayu dan Indonesia berkaitan feminisme dan nasionalisme pada e...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hasan, Muhammad Rahimi
Other Authors: Kadir, Nadhrah A
Format: Book Section
Language:English
Published: School of Social Sciences, USM 2017
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/41084/1/ART_77.pdf
http://eprints.usm.my/41084/
http://www.sspis.usm.my
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pergerakan wanita di Malaysia dan Indonesia berasal-muasal dan membangun dalam konteks era pra merdeka iaitu perjuangan kemerdekaan tanah air. Oleh itu, kertas kerja ini bertujuan untuk membandingkan aspek-aspek gerakan wanita di Tanah Melayu dan Indonesia berkaitan feminisme dan nasionalisme pada era pra merdeka yakni kemunculannya, perkembangan dan pencapaiannya pada peringkat kebangsaan. Hal ini memandangkan fasa tersebut ialah dekad-dekad terawal gerakan wanita dalam dua buah komuniti Tanah Melayu dan Indonesia iaitu aktor utama yang boleh mewakili komuniti Nusantara atau Alam Melayu. Gerakan wanita ini dipertalikan melalui persamaan identiti; bahasa dan budaya serta perkongsian pengalaman sejarah sebagai tanah jajahan. Sehubungan itu, kertas kerja ini memiliki tiga objektif. Pertama bagi menjelaskan kebangkitan gerakan wanita yang berlandaskan semangat kebangsaan dan perjuangan anti kolonial. Kedua, menghuraikan sifat gerakan wanita yang wujud sepanjang perkembangannya pada era pra merdeka. Ketiga, menyorot pencapaian gerakan wanita di Tanah Melayu dan Indonesia sehinggalah tercapainya kemerdekaan tanah air. Daripada sudut metodologi, kajian ini dipandu berdasarkan rangkuman pendekatan yang dibincangkan oleh Landman (2000) iaitu (i) kajilidik perbandingan antara negara-negara secara kualitatif, (ii) perbandingan sejumlah kecil kes iaitu binary comparison, (iii) reka bentuk kajian most similar system design (MSSD) dan (iv) kajian berkait penentangan politik bukan secara kekerasan dan gerakan sosial. Jenis maklumat yang dimanfaatkan dalam kertas kerja ini ialah sumber primer dan sekunder. Dalam kajian perbandingan ini, didapati bahawa nasionalisme atau semangat kebangsaan semasa era pra merdeka di Tanah Melayu dan Indonesia amat signifikan dalam mencetuskan gerakan wanita, membentuk pola perkembangan dan struktur organisasi serta ideologi gerakan. Berdasarkan perbandingan antara gerakan wanita di Tanah Melayu dan Indonesia, didapati bahawa aspek cetusan dan perkembangan menunjukkan persamaan, sifat organisasi yang serupa dengan sekelumit perbezaan dan pencapaian gerakan sepanjang era pra merdeka yang menunjukkan perbezaan yang agak ketara daripada segi fokus isu wanita.