Energy Management System For Controlling Series Hybrid Electric Motorcycle
Isu pencemaran dan kekurangan bahan api fosil telah mendorong pembangunan kenderaan hibrid. Motosikal digunakan secara meluas di negara membangun dan Asia, motosikal digemari kerana bersaiz kecil, kos rendah dan pergerakan yang mudah dipandu. Motosikal menghasilkan pencemaran yang serius disebab...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.usm.my/40999/1/Energy_Management_System_For_Controlling_Series_Hybrid_Electric_Motorcycle.pdf http://eprints.usm.my/40999/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Isu pencemaran dan kekurangan bahan api fosil telah mendorong
pembangunan kenderaan hibrid. Motosikal digunakan secara meluas di negara
membangun dan Asia, motosikal digemari kerana bersaiz kecil, kos rendah dan
pergerakan yang mudah dipandu. Motosikal menghasilkan pencemaran yang serius
disebabkan oleh kekurangan teknologi pencegahan pencemaran yang berkesan.
Banyak kerja-kerja penyelidikan berkaitan dengan kereta hibrid telah dilakukan,
tetapi penerbitan berkaitan dengan motosikal hibrid jarang dijumpai. Oleh itu, sifatsifat
dan prestasi motosikal hibrid tidak diketahui dengan lengkap. Hibridasi
motosikal konvensional diperlukan kerana peningkatan penggunaan motosikal
disebabkan oleh peningkatan populasi dan taraf kehidupan akan membawa bencana
akibat perubahan iklim jikalau tabiat penggunaan motosikal sekarang tidak diubah.
Salah satu masalah yang masih lagi tidak diselesai dengan memuaskan untuk
motosikal hibrid adalah ramalan perjalanan masa depan. Banyak teknik telah dicipta
untuk ramalan, tetapi teknik-teknik tersebut sama ada terlalu kompleks, mahal
ataupun berprestasi buruk. Penyelidikan ini dijalankan untuk menambahbaik prestasi
motosikal elektrik melalui hibridisasi. Oleh itu, komponen asas motosikal hibrid
dikaji dan diterangkan melalui modal matematik. Melalui simulasi pengaturcaraan
dinamik, sifat-sifat penggunaan motosikal hibrid dengan cekap dapat dikenalpasti.
Sifat-sifat tersebut akan diguna untuk merumus sistem pengurusan tenaga. Penapis
Kalman lanjutan disesuaikan dengan sistem pengurusan tenaga yang dibina untuk
memproses data yang diukur terus dari trafik. Penapis Kalman hanya memerlukan 2
kB untuk beroperasi dengan Atmel ATmega328p berbanding dengan 10 kB yang
diperlukan oleh penapis purata bergerak mudah. Motosikal hibrid elektrik sesiri yang
dilengkapi dengan sistem pengurusan tenaga mencapai jarak perjalanan sebanyak
89.58 km setiap kali dicas berbanding dengan 19.30 km setiap kali dicas untuk
motosikal elektrik di bawah ECE-R40 kitaran memandu yang diubahsuaikan.
Prestasi sistem pengurusan tenaga yang dibina juga lebih baik berbanding strategi
kawalan termostat konvensional dari segi jarak perjalanan dan lebih optimum dari
segi penggunaan bahan api. Sistem pengurusan tenaga yang dicadang mencapai lebih
daripada 80 % prestasi kaedah pengaturcaraan dinamik, bagi jarak perjalanan yang
jauh, system yang dicadang mencapai 98.06 % prestasi yang ditunjukkan oleh
kaedah pengaturcaraan dinamik. Penyelarasan dan penyesuaian algoritma kawalan
juga telah ditunjukkan supaya penyelidik boleh menggunakan algoritma yang dibina
untuk aplikasi mereka. Beberapa sumbangan telah dibuat: daya kilas elektromagnet
motor arus terus tanpa berus boleh dianggar dengan hanya mengukur arus fasatunggal.
Modal matematik yang dibina untuk komponen-komponen subsistem dan
teknik-teknik eksperimen akan memanfaatkan pembina motosikal hibrid masa depan.
Selain itu, prestasi motosikal hibrid elektrik yang kompeten boleh dicapai dengan
algoritma kawalan yang mudah dan cekap.
_______________________________________________________________________________________________________
Pollution issues and scarcity of fossil fuel inspire the development of hybrid
electric vehicle. Motorcycles are widely used in developing countries and Asia for
their size, cost, and maneuverability. They create enormous pollutants due to the lack
of viable pollution prevention technologies. There are plenty of research on hybrid
cars, but very limited literature on hybrid motorcycle, thus, the behavior and
performance of hybrid motorcycle are not completely known. Hybridizing
conventional motorcycle is necessary because of the increasing usage due to the
population growth and rising living standard and these can bring about disastrous
climate change if current habit persisted. One of the problems that remain unsolved
in hybrid motorcycle is the prediction of the future trip. Various techniques have
been used for the prediction, but these are either too complex, expensive, or
performed poorly. This research improves the performance of an electric motorcycle
by hybridization where the performance of the building blocks for hybrid motorcycle
were studied and characterized. Via dynamic programming simulation, efficient use
of hybrid motorcycle was found. The characteristics identified from the dynamic
programming were then used for the formulation of the energy management system.
Kalman filtering was applied to the energy management system to pretreat the
signals measured from the traffic. Kalman filter requires only 2 kB when
implemented with Atmel ATmega328p compared to 10 kB required by simple
moving average filter. The series hybrid electric motorcycle embedded with the
energy management system achieves 89.58 km per charging compared to 19.30 km
per charging for the electric motorcycle under the modified ECE-R40 drive cycle. In
addition, the energy management system outperformed the conventional thermostat
control strategy in terms of traveling distance and it has more optimized fuel usage.
The energy management system proposed achieves above 80 % performance of the
dynamic programming approach, for long traveling distance, it achieves as high as
98.06 %. Tuning and adaptation of the control algorithm had been demonstrated so
developers can make use of them for their applications. Several contributions are
made: electromagnetic torque of brushless DC motor can be estimated based on the
single-phase current sensing. The mathematical models developed for subsystem
components and the experimental techniques are invaluable for hybrid motorcycle
developers. Besides, efficient series hybrid electric motorcycle performance is
obtainable with simple and efficient control algorithm developed.
|
---|