Daya Tahan (Resilience) Keluarga Pesakit Kecederaan Otak Traumatik (KOT) Bagi Menangani Isu Biopsikososial

Kecederaan otak traumatik (KOT) merupakan antara masalah kesihatan yang menyebabkan berlakunya peningkatan terhadap kecacatan secara akut. KOT kerap berlaku kepada golongan belia dalam lingkungan umur 15 hingga 24 tahun, orang tua yang berusia 65 tahun ke atas dan kanak-kanak pada usia lima tahun...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Jali, Nor Amalina, Azman, Azlinda, Jamir Singh, Paramjit Singh
Other Authors: A Kadir, Nadhrah
Format: Book Section
Language:English
Published: School of Social Sciences, USM 2017
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/40578/1/ART_35.pdf
http://eprints.usm.my/40578/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kecederaan otak traumatik (KOT) merupakan antara masalah kesihatan yang menyebabkan berlakunya peningkatan terhadap kecacatan secara akut. KOT kerap berlaku kepada golongan belia dalam lingkungan umur 15 hingga 24 tahun, orang tua yang berusia 65 tahun ke atas dan kanak-kanak pada usia lima tahun ke bawah. Isu KOT menunjukkan kesan yang ketara, bukan sahaja kepada pesakit tetapi juga kepada ahli keluarga. Pesakit KOT akan bergantung kepada keluarga untuk menjaga dan menguruskan keperluan harian mereka. Peranan penjagaan terhadap pesakit KOT adalah mencabar sehingga mengganggu kesejahteraan kehidupan keluarga. Bersandarkan kajian literatur, kertas kerja ini akan meneliti isu biopsikososial keluarga pesakit KOT, sekaligus mengemukakan penerapan daya tahan yang dapat mengurangkan ketegangan yang dihadapi oleh keluarga. Berdasarkan kajian literatur, isu biopsikososial adalah kesan yang timbul di sepanjang tempoh keluarga menjaga pesakit KOT sama ada dari sudut biologikal, psikologikal dan sosial. Berhadapan dengan isu biopsikososial yang membimbangkan, penerapan daya tahan seperti sokongan sosial keluarga serta sumbangan daripada komuniti dan perkhidmatan profesional merupakan evolusi positif bagi membantu keluarga pesakit KOT bangkit semula daripada situasi krisis yang dialami. Kata Kunci: Daya Tahan (resilience), Keluarga Pesakit Kecederaan Otak Traumatik (KOT), Biopsikososial