Permasalahan dan Kesiapsiagaan Sukarelawan Bencana Membantu Mangsa Bencana Alam

Kertas konsep ini membincangkan tentang permasalahan sukarelawan bencana dalam usaha meningkatkan kesiapsiagaan sukarelawan semasa proses membantu mangsa bencana alam. Bencana adalah kejadian yang boleh menyebabkan kemusnahan harta benda dan nyawa sehingga membataskan kemampuan dan kesejahteraan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Md Akhir, Nur Hafizah, Azman, Azlinda, Md Akhir, Noremy
Other Authors: A Kadir, Nadhrah
Format: Book Section
Language:English
Published: School of Social Sciences, USM 2017
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/40577/1/ART_34.pdf
http://eprints.usm.my/40577/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas konsep ini membincangkan tentang permasalahan sukarelawan bencana dalam usaha meningkatkan kesiapsiagaan sukarelawan semasa proses membantu mangsa bencana alam. Bencana adalah kejadian yang boleh menyebabkan kemusnahan harta benda dan nyawa sehingga membataskan kemampuan dan kesejahteraan individu atau masyarakat. Hampir setiap tahun bencana alam seperti tanah runtuh, tsunami, banjir dan ribut taufan berlaku. Antara negara yang terjejas disebabkan oleh bencana alam ialah negara Jepun, Indonesia, Thailand dan Malaysia. Sukarelawan adalah kumpulan yang menguruskan bantuan kemanusian kepada mangsa bencana. Kajian lepas berkaitan bencana lebih memfokuskan kesan yang dialami oleh mangsa bencana. Walau bagaimanapun, tugas sebagai sukarelawan bencana turut terkesan dari aspek gangguan emosi, mental dan kecederaan fizikal. Selain itu, kesan yang dialami oleh sukarelawan juga boleh mendorong kepada ketidaksediaan sukarelawan semasa proses pengurusan bantuan bencana. Kesediaan pula merupakan elemen utama dalam membantu mempersiapsediakan diri sukaelawan. Oleh itu, adalah penting permasalahan sukarelawan bencana dikenalpasti bagi membantu meningkatkan kesiapsiagaan sukarelawan serta meningkatkan keberkesanan sepanjang proses bantuan diberikan kepada mangsa bencana.