NILAI DAN SIMBOLISME SIRIH DALAM MASYARAKAT MELAYU DAN INDIA DI MALAYSIA

Dalam kebudayaan Melayu, sirih (Piper betle L.) melambangkan rendah diri dan kehormatan sepertimana dapat diperhatikan daripada pepohon sirih yang menjalar dan memanjat tanpa merosakkan tumbuhan perumah. Menurut pandangan masyarakat Melayu terdahulu, gabungan sirih, kapur, pinang dan gambir secara s...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yusoff, Wan Faizah Wan
Other Authors: Naim, Darlina Md.
Format: Book Section
Language:English
Published: Penerbit Universiti Sains Malaysia 2017
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/39482/1/ABSTRAK_NILAI_DAN_SIMBOLISME_SIREH_DALAM_MASYARAKAT_MELAYU_DAN_INDIA_DI_MALAYSIA_%281%29.pdf
http://eprints.usm.my/39482/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dalam kebudayaan Melayu, sirih (Piper betle L.) melambangkan rendah diri dan kehormatan sepertimana dapat diperhatikan daripada pepohon sirih yang menjalar dan memanjat tanpa merosakkan tumbuhan perumah. Menurut pandangan masyarakat Melayu terdahulu, gabungan sirih, kapur, pinang dan gambir secara simboliknya menjelaskan setiap ciri yang perlu ada sebagai orang Melayu. Penggunaan sirih tidak hanya terhad sebagai pembuka bicara dan lambang ketertiban serta hospitaliti Melayu malah turut digunakan dalam perubatan tradisional, ritual serta perhubungan dengan semangat atau makhluk halus. Air kunyahan sirih misalnya dipercayai memiliki unsur kepanasan dan kebesaran yang boleh menghalau atau menakutkan hantu syaitan yang jahat. Kepercayaan ini tidak hanya terhad kepada masyarakat Melayu tetapi juga masyarakat India di Malaysia. Selain membawa simbol kesegaran dan kemakmuran, masyarakat India mempercayai bahawa gabungan sirih, pinang dan kapur dipercayai memiliki unsur-unsur pencipta (Brahman), pelindung (Vishnu) dan juga pemusnah (Shiva) yang penting dalam konteks ritual perubatan mereka. Kajian ini melihat nilai dan simbolisme sirih dalam masyarakat Melayu dan India bagi menunjukkan elemen silang-budaya dalam konteks Malaysia.