Kritikan Sosial Dalam Novel-novel Terpilih Karya Faisal Tehrani

Faisal Tehrani merupakan antara pengarang tanah air yang proaktif dan prolifik dalam berkarya. Beliau aktif dalam menghasilkan pelbagai genre sastera tetapi lebih menyerlah dalam genre novel. Sepanjang berkarya, pelbagai jenis novel yang dihasilkannya merangkumi novel-novel remaja dan kini berfok...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hasan, Fauzi, Tengku Mohd Ali, Tengku Intan Marlina, Mamat@Mustaffa, Madiawati
Other Authors: A Kadir, Nadhrah
Format: Book Section
Language:English
Published: School of Social Sciences, USM 2017
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/39282/1/ART_19.pdf
http://eprints.usm.my/39282/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Faisal Tehrani merupakan antara pengarang tanah air yang proaktif dan prolifik dalam berkarya. Beliau aktif dalam menghasilkan pelbagai genre sastera tetapi lebih menyerlah dalam genre novel. Sepanjang berkarya, pelbagai jenis novel yang dihasilkannya merangkumi novel-novel remaja dan kini berfokus kepada novel-novel dewasa dan serius, seiring dengan kematangan dalam dunia kepengarangannya. Novel-novelnya semakin jelas menyuguhkan pemikiran, idealisme, falsafah, kritikan dan pengamatannya terhadap isu-isu kemasyarakatan dan kemanusiaan yang berlaku di persekitarannya. Di samping itu, novel-novel yang dihasilkan sering menunjukkan kelainan dan pembaharuan daripada pelbagai aspek pembinaan novel. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan menganalisis kritikan-kritikan sosial yang diungkapkan dalam novel-novel terpilih karangan Faisal Tehrani. Sebanyak lima buah novel akan dianalisis, iaitu Perempuan Politikus Melayu, Manikam Kalbu, Tunggu Teduh Dulu, Bahlut dan Bagaimana Anyss Naik Ke Langit?. Kritikan sosial yang dianalisis ialah dari tiga aspek, iaitu sosioekonomi, sosial dan politik. Kajian ini dijalankan secara kualitatif yang melibatkan pembacaan yang rapi dan pentafsiran sumber bertulis. Sehubungan itu, novel-novel tersebut akan dianalisis secara tekstual dan konstektual. Novel-novel yang dipilih akan dianalisis berdasarkan tujuan kajian yang ditetapkan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa, Faisal Tehrani menghasilkan novel-novelnya bukan untuk hiburan semata-mata, tetapi untuk menyuarakan kritikan, perasaaan dan pandangan terhadap permasalahan-permasalahan sosial berdasarkan perspektifnya sebagai penulis.