Kajian Permasalahan Rekabentuk Perkhidmatan Hentian Bas Dalam Kampus Induk Universiti Sains Malaysia (Usm)

Kajian ini dijalankan untuk mengemukakan permasalahan tentang reka bentuk dan sistem perkhidmatan hentian bas di jalan utama dalam kampus induk Universiti Sains Malaysia. Kewujudan hentian bas di dalam kampus bukan sahaja semata-mata sebagai kemudahan asas kepada pengguna atau para warga universi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mutti, Mohd Alif Ikrami, Bidin, Mohamad Omar, Mohd Yassin, Hafeezur Raahman
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/38970/1/FULL_PAPER_085_.pdf
http://eprints.usm.my/38970/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk mengemukakan permasalahan tentang reka bentuk dan sistem perkhidmatan hentian bas di jalan utama dalam kampus induk Universiti Sains Malaysia. Kewujudan hentian bas di dalam kampus bukan sahaja semata-mata sebagai kemudahan asas kepada pengguna atau para warga universiti untuk menghubungkan mereka dari satu tempat ke satu tempat lain di sekitar universiti tetapi ia harus lebih daripada itu. Ia harus mempunyai infrastruktur tambahan untuk menjadikan ia sebagai satu sumber atau kemudahan pelbagai dalam kampus induk USM, seperti contoh; ia harus dilengkapi dengan sumber informasi umum sebagai fungsi tambahan agar lebih mesra pengguna dan efisyen terutama kepada orang luar atau pelawat yang pertama kali datang ke USM terutamanya pada waktu puncak seperti pada hari konvokesyen, hari pendaftaran pelajar baru, majlis dan lain-lain. Kajian ini menggunakan tiga kaedah penyelidikan iaitu soal selidik, temu ramah dan berdasarkan pemerhatian. Responden terdiri daripada pelajar, staf, pelawat dan pemandu kenderaan yang menggunakan laluan dijalan utama kampus induk Universiti Sains Malaysia. Melalui penyelidikan yang telah dijalankan, beberapa permasalahan telah dikenalpasti. Permasalahan ini dilihat dari perspektif pengguna yang terdiri daripada golongan pelajar, pelawat dan pengguna jalan utama di kampus induk Universiti Sains Malaysia