Gaya ‘Lukisan Kajian’. Perbandingan Karya Lukisan Pengkaryaan Dan Perekaan: Fenomena Visualisasi

Kajian ini meneroka gaya penghasilan‘stroke line’ atau kesan palitan mata pen secara ‘free hand drawing’ dalam menghasilkan bentuk illustrasi 3 Dimensi(3D).Tujuan kajian, adalahmembuat perbandingan ‘Gaya stroke line’(gSLine) antara bidang 'Art'dengan 'Architecture Graphic Presentation...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohammad, Maria, Ibrahim, Md. Nasir, Mohd Nasir, Mohamad Rusdi, Jiddin, Kasran
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/38967/1/FULL_PAPER_071.pdf
http://eprints.usm.my/38967/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini meneroka gaya penghasilan‘stroke line’ atau kesan palitan mata pen secara ‘free hand drawing’ dalam menghasilkan bentuk illustrasi 3 Dimensi(3D).Tujuan kajian, adalahmembuat perbandingan ‘Gaya stroke line’(gSLine) antara bidang 'Art'dengan 'Architecture Graphic Presentation Drawing' yang diringkaskan sebagai ‘A+AGPD’. Batasan responden terdiri daripada pelukis artistik dan pelukis illustrasi seni bina yang aktif berkarya dan menghasilkan buku rujukan atau bahan ilmiah.Pengkaji mengkaji perbandingan (gSLine)dikalangan 6 orang responden yang dianggap pakar dalam kajian ini. Isu lukisan ‘free hand’ yang tidak berpekadaran, kejung dan kurang menjadi dikalangan pelajar seni dan seni bina ‘under-graduate’ sering dibincangkan dalam jurnal-jurnal dalam dan luar Malaysia bermula tahun 2001 hingga 2014. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif.Metodologi kajian melalui kaedah secara trangulasi iaitu pemerhatian, rakaman visual serta kajian literature telah digunakan dalam kajian ini.Fenomena (gSLine) dianalisis berdasarkan kepada unsur-unsur seni: garisan, rupa, bentuk, tekstur dan warna dalam menghasilkan illustrasi bentuk 3D secara ‘free hand’. Dapatan kajian secara literatur, mendapati karya artistik dikenali sebagai lukisan pengkaryaan.Manakala lukisan yang dihasilkan oleh pelukis illustrasi grafik seni bina, grafik dikenali sebagai lukisan perekaan.Dapatan kajian daripada 6 orang responden mendapati terdapat tiga perbezaan (gSLine) antara dua disiplin ilmu seni ini iaitu daya visual(perkadaran) ,emosi(seimbang) dan estetik(bernada) yang diringkaskan sebagai (dVEE). Dapatan kajian ini dikumpulkan dalam usaha pengkaji menghasilkan model hibrid ‘Art+Architecture Graphic Presentation Drawing’ (A+AGPD).Teori pemodelan Albert Bandura dan teori gabungan organik dirujuk dalam penghasilan model Proses dalam pembangunan menghasilkan (gSLine) yang berkualiti dalam menjelaskan ‘how’ atau bagaimana lukisan illustrasi 3D yang mempunyai (dVEE) boleh dihasilkan