Penyampaian Interaktif Infografik Dalam Teknik Holografi Untuk Memperkenalkan Persembahan Kuda Kepang

Penyelidikan ini adalah berkaitan dengan penyampaian visual melalui penggunaan kaedah interaktif infografik menerusi teknik holografi dalam memperkenalkan seni persembahan Kuda Kepang. Persembahan Kuda Kepang telah dikenal pasti sebagai salah satu seni persembahan tradisional Melayu yang hampir lupu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hamid, Ahmad ‘Afif, Ibrahim , Alias, Mohd Bakhir, Norfarizah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/38792/1/FULL_PAPER_066.pdf
http://eprints.usm.my/38792/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyelidikan ini adalah berkaitan dengan penyampaian visual melalui penggunaan kaedah interaktif infografik menerusi teknik holografi dalam memperkenalkan seni persembahan Kuda Kepang. Persembahan Kuda Kepang telah dikenal pasti sebagai salah satu seni persembahan tradisional Melayu yang hampir lupus ditelan zaman. Penggunaan elemen khas ini mempunyai falsafah tersendiri dan tujuan tertentu bagi memperkayakan lagi nilai seni persembahan kebudayaan. Isu-isu yang dibangkitkan dalam kajian ini adalah tentang kurangnya pendedahan kepada generasi muda tentang persembahan tradisional Melayu di Malaysia terutamanya persembahan Kuda Kepang menerusi platfom media baharu. Hal ini menunjukkan bahawa pembangunan serta cara penyampaian persembahan kesenian warisan Melayu memerlukan lebih perhatian dan dorongan selaras dengan pembangunan globalisasi kini serta mencari solusi untuk mengatasi masalah dalam memperkenalkan dan mengekalkan seni warisan persembahan Kuda Kepang. Melalui penyelidikan ini, tujuan yang hendak disampaikan adalah menggunakan kaedah kombinasi unsur grafik dan teknologi media baharu iaitu holographic interactive infographic dalam mempromosikan dan memperkenalkan persembahan Kuda Kepang. Maklumat dalam interaktif infografik ini merupakan gambaran maklumat tentang keseluruhan persembahan Kuda Kepang yang membolehkan penonton berinteraksi dengan data. Oleh itu, mereka berada dalam perspektif yang berbeza dari maklumat grafik statik. Maklumat interaktif infografik tersebut membolehkan pengguna meneroka sendiri set data yang disediakan mengikut pengaturcaraan yang telah ditetapkan