Pengaruh Personaliti Perfeksionisme terhadap Daya Tindak Diadik dalam Perkahwinan: Suatu Kertas Konseptual

Isu perceraian dan keruntuhan institusi perkahwinan merupakan suatu isu global yang sering mendapat perhatian pelbagai pihak. Oleh kerana keluarga yang berkualiti adalah pemangkin kepada kemajuan sesebuah masyarakat, penekanan perlu diberikan kepada aspek daya tindak dalam kalangan suami isteri sewa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Razak, Siti Nurraihan Firdaus, Mohd Hoesni, Suzana, Ismail, Rozmi, Zakaria, Ezarina
Format: Book Section
Language:English
Published: School of Social Sciences 2015
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/37642/1/sspis_2015_ms606_-_613.pdf
http://eprints.usm.my/37642/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Isu perceraian dan keruntuhan institusi perkahwinan merupakan suatu isu global yang sering mendapat perhatian pelbagai pihak. Oleh kerana keluarga yang berkualiti adalah pemangkin kepada kemajuan sesebuah masyarakat, penekanan perlu diberikan kepada aspek daya tindak dalam kalangan suami isteri sewaktu menangani tekanan yang timbul. Hasil penelitian mendapati kajian berkenaan daya tindak diadik dalam perkahwinan semakin mendapat perhatian pengkaji. Banyak kajian terdahulu menunjukkan bahawa faktor personaliti memainkan peranan dalam menentukan tindakan yang diambil oleh seseorang individu. Akan tetapi, penyelidikan terdahulu lebih memberi penekanan kepada teori personaliti lima tret besar berbanding tret personaliti yang lain seperti personaliti perfeksionisme. Dapatan kajian terdahulu membuktikan wujudnya perkaitan antara personaliti perfeksionisme dengan pelbagai aspek kehidupan terutamanya dari segi kesihatan mental dan kualiti perkahwinan. Namun, sejauhmana pengaruh personaliti perfeksionisme terhadap daya tindak diadik dalam perkahwinan masih menjadi persoalan. Oleh yang demikian, kertas konseptual ini akan membincangkan potensi personaliti perfeksionisme dalam mempengaruhi daya tindak diadik berdasarkan hasil kajian terdahulu. Seterusnya, implikasi dan kepentingan kajian turut dibincangkan dalam usaha untuk menggalakkan pasangan suami isteri mengambil daya tindak yang lebih efektif sekaligus mengekalkan keharmonian dalam perkahwinan.