DĀ`ĪRAH AL-WUJŪD OLEH SYEIKH SHAMSUDDIN AL-SUMATERA`I: SATU PERBANDINGAN NASKHAH

Manuskrip sebagai dokumen kearifan alam Melayu amat penting untuk kesinambungan pembangunan masyarakat dan bangsa masa kini yang sudah tentu mempunyai kaitan atau berasaskan perkembangan keilmuan masa lampau. Oleh yang demikian upaya mengungkap kearifan yang tersimpan dalam lembaran manuskrip menjad...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Rastam, Rohaimi, Moris, Prof. Dr. Zailan
Format: Book Section
Language:English
Published: School of Social Sciences 2015
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/37627/1/sspis_2015_ms474-_482.pdf
http://eprints.usm.my/37627/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Manuskrip sebagai dokumen kearifan alam Melayu amat penting untuk kesinambungan pembangunan masyarakat dan bangsa masa kini yang sudah tentu mempunyai kaitan atau berasaskan perkembangan keilmuan masa lampau. Oleh yang demikian upaya mengungkap kearifan yang tersimpan dalam lembaran manuskrip menjadi amat bernilai. Namun terdapat beberapa persoalan yang sering mendapat perhatian dalam medan pengkajian manuskrip iaitu siapakah pengarang asal sesebuah manuskrip, apakah judul manuskrip berkenaan serta tarikh atau tahun ia dikarang. Justeru makalah ini membincang kajian manuskrip berjudul Dā`īrah al-Wujūd MS 1556 C koleksi Pusat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia karya Syeikh Shamsuddin al-Sumatera`i, 'Syeikh al-Islam' bagi kerajaan Aceh Darul Salam pada penghujung kurun ke-16 M. Kajian berasaskan metode filologi mengusahakan perbandingan naskhah di antara manuskrip MS 1556 C dengan teks anonymous ke-12 koleksi Marsden 11648 koleksi Perpustakaan School of Oriental and African Studies, Universiti London. Transliterasi rumi naskhah berkenaan disediakan, supaya perbandingan dapat dibuat demi mengenal pasti persamaan dan perbezaan dengan menjadikan manuskrip Dā`īrah al-Wujūd MS 1556 C sebagai naskhah asas. Hasil penelitian ke atas persamaan dan perbezaan di antara dua naskhah berkenaan membuktikan bahawa isi kandungan kedua-dua manuskrip berkenaan adalah sama, sekaligus membawa kepada kesimpulan bahawa teks ke-12 koleksi Marsden yang sebelum ini adalah anonymous, tanpa judul dan tanpa nama pengarang, tidak ragu adalah kitab Dā`īrah al-Wujūd karangan Syeikh Shamsuddin al-Sumatera`i. Pengenalpastian ini bermanfaat supaya pentahkikan (verification) dan analisis isi kandungan dapat diusahakan antara manuskrip ini dengan karya Syeikh Shamsuddin yang lain bagi memahami pemikiran beliau.