Dasar Gaji Minimum: Implikasi Terhadap Pertumbuhan Ekonomi Malaysia

Dalam era globalisasi dan menuju status negara maju, dasar gaji minimum menjadi isu hangat dibincangkan pada masa kini. Hal ini kerana Malaysia merupakan salah satu negara yang baru melaksanakan dasar gaji minimum. Hal ini dapat dibuktikan melalui beberapa jurnal terdahulu yang banyak membincangkan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Shafiee, Noor Syakilah
Format: Book Section
Language:English
Published: School of Social Sciences 2015
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/37602/1/sspis_2015_ms236_-_249.pdf
http://eprints.usm.my/37602/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dalam era globalisasi dan menuju status negara maju, dasar gaji minimum menjadi isu hangat dibincangkan pada masa kini. Hal ini kerana Malaysia merupakan salah satu negara yang baru melaksanakan dasar gaji minimum. Hal ini dapat dibuktikan melalui beberapa jurnal terdahulu yang banyak membincangkan berhubungan dengan perkara ini. Tujuan kajian ini dilakukan untuk melihat sejauh mana dasar gaji minimum memberi implikasi terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia pada masa kini. Untuk mengukur gaji minimum ini, kajian ini menggunakan data sekunder dan terdapat beberapa kriteria penetapan yang digunakan untuk mengukuh kajian ini dengan menggunakan beberapa indikator seperti indeks harga pengguna dengan menggunakan pendekatan inflasi,kadar penyertaan guna tenaga buruh dan kadar pengangguran dari tahun 1990 sehingga tahun 2012. Kajian ini dilanjutkan dengan menggunakan pendekatan regresi dengan kaedah Ordinary Least Square (OLS). Hasil keputusan mendapati bahawa indikator indeks harga pengguna,kadar penyertaan guna tenaga buruh dan kadar pengangguran merupakan kayu pengukur dalam mengukur keberkesanan dasar gaji minimum dan hasil analisis diperolehi bahawa indikator indeks harga pengguna dan kadar penyertaan guna tenaga buruh memberi impak positif dalam pertumbuhan ekonomi Malaysia walaupun terdapat sedikit kesan negatif dalam kadar pengangguran. Secara amnya,dasar gaji minimum memberi impak positif terhadap pertumbuhan ekonomi di Malaysia walaupun terdapat sedikit kesan pengurangan dasar ini.