Perkataan awal yang dihasilkan oleh kanak-kanak Melayu Kelantan

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan satu senarai perkataan pertama yang dihasilkan oleh kanak-kanak Melayu yang menggunakan dialek Kelantan dan lingkungan umur mereka mula mengeluarkannya. Menerusi kajian ini juga, pengkaji ingin melihat golongan perkataan yang dihasilkan dalam perkataan pertama...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rosli, Nur Farina
Format: Thesis
Language:English
Published: 2009
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/37599/1/Pages_from_Dr._Nur_Farina_Rosli.pdf
http://eprints.usm.my/37599/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan satu senarai perkataan pertama yang dihasilkan oleh kanak-kanak Melayu yang menggunakan dialek Kelantan dan lingkungan umur mereka mula mengeluarkannya. Menerusi kajian ini juga, pengkaji ingin melihat golongan perkataan yang dihasilkan dalam perkataan pertama kanak-kanak tersebut. Oleh itu, kajian ini dijalankan secara tinjauan iaitu dengan mengedarkan borang soal selidik ke taska terpilih dan pengasuh akan edarkan kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak berumur 6 hingga 24 bulan untuk diisi. Seramai 31 orang subjek yang memenuhi kriteria kajian telah dipilih iaitu 15 subjek perempuan dan 16 subjek lelaki. Ibu bapa subjek merupakan sumber utama untuk mengetahui perkataan yang telah difahami dan dipertuturkan oleh subjek. Borang soal selidik yang digunakan ialah Borang Senarai Perkataan Pertama Dalam Bahasa Melayu (Dialek Kelantan) yang telah diadaptasi daripada Senarai Perkembangan Komunikasi Mac Arthur: Kata dan Perilaku (Revised) yang terdapat di Hospital Universiti Sains Malaysia yang juga berdasarkan MacArthur Communicative Development Inventories oleh Fenson et al. (1993). Hasil kajian menunjukkan kanak-kanak ini mula mengeluarkan perkataan awal yang terdiri daripada panggilan nama orang, makanan/minuman, objek harian, perbuatan, binatang dan kenyataan. Min umur menghasilkan perkataan pertama pula ialah 10 hingga 11 bulan bg lelaki dan 8 hingga 9 bulan bagi perempuan. Hasil ini dapat memberi rujukan dan maklumat tentang perkembangan bahasa, serta panduan kepada patologis pertuturan dan bahasa tempatan terutamanya di Kelantan dalam membantu mengesan sebarang kecelaruan bahasa dan pertuturan kanak-kanak yang menggunakan dialek Kelantan.