Sejarah Komuniti Buruh Estet Cina Di Borneo Utara 1881-1942

Penulisan awal mengenai komuniti Cina di Borneo Utara semasa pemerintahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (1881-1942) lebih menumpukan kepada persoalan klise seperti migrasi komuniti Cina ke Borneo Utara, kawasan penempatan awal komuniti Cina di Borneo Utara, dan sumbangan komuniti Cina ke a...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Miga, Marianne
Format: Book Section
Language:English
Published: School of Social Sciences 2015
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/37578/1/sspis_2015_ms125_-_133.pdf
http://eprints.usm.my/37578/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penulisan awal mengenai komuniti Cina di Borneo Utara semasa pemerintahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (1881-1942) lebih menumpukan kepada persoalan klise seperti migrasi komuniti Cina ke Borneo Utara, kawasan penempatan awal komuniti Cina di Borneo Utara, dan sumbangan komuniti Cina ke atas ekonomi di Borneo Utara. Penulisan mengenai suasana kerja buruh-buruh Cina di estet Borneo Utara sering dipinggirkan meskipun terdapat penulisan seperti yang dihasilkan oleh Danny Wong Tze Ken yang mengetengahkan isu buruh-buruh Cina di Borneo Utara. Walau bagaimana pun, isu perburuhan yang diketengahkan lebih menjurus kepada persoalan kehidupan komuniti buruh Cina dari sudut pandangan golongan buruh. Meskipun buruh-buruh Cina yang bekerja di estet tembakau di Borneo Utara bekerja secara kontrak, namun terdapat laporan yang menyatakan berlaku penindasan ke atas mereka yang didalangi oleh pihak majikan. Penulisan ini unik kerana menyediakan dimensi lain dalam sejarah komuniti buruh Cina di estet tembakau Borneo Utara iaitu memberi penjelasan akan suasana kerja dan layanan majikan terhadap buruh Cina di estet tembakau dari sudut pandangan pihak majikan mahupun pemodal dan dari sudut pandangan komuniti buruh. Begitu pun, diharapkan agar penulisan ini akan menggalakkan penyelidikan lanjut berkenaan sejarah Sabah di masa hadapan.