Kebolehpercayaan penilaian guru terhadap kerja kursus mata pelajaran kemahiran hidup program peralihan

Kajian ini telah dijalankan di sekolah-sekolah menengah dalam Negeri Kedah. Sekolah-sekolah tersebut ialah sekolah yang menawarkan MPKHPP pilihan B. Sampel kajian terdiri daripada 8 buah sekolah, 8 orang pemeriksa, 4 orang pemeriksa-penyetara, seorang pemeriksa khas dan 256 buah projek bekas makanan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abd Rahim, Shuhaili
Format: Thesis
Language:English
Published: 1997
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/35926/1/SHUHAILI_BIN_ABD_RAHIM_%28KHK%29_%28NN24%29.pdf
http://eprints.usm.my/35926/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini telah dijalankan di sekolah-sekolah menengah dalam Negeri Kedah. Sekolah-sekolah tersebut ialah sekolah yang menawarkan MPKHPP pilihan B. Sampel kajian terdiri daripada 8 buah sekolah, 8 orang pemeriksa, 4 orang pemeriksa-penyetara, seorang pemeriksa khas dan 256 buah projek bekas makanan haiwan yang telah dibuat oleh pelajar tingkatan 3 tahun 1992. Kajian ini menggunakan dua alatukur iaitu lukisan kerja projek bekas makanan haiwan dan skema pemarkahan. Alatukur ini digunakan untuk mendapatkan markah diperolehi. Markah diperolehi seterusnya dianalisis bagi tujuan untuk meninjau kedudukannya dari segi bolehpercayaan ketekalan dalam, kebolehpercayaan intra-pemeriksa dan kebolehpercayaan inter-pemeriksa. Keputusan kajian telah menunjukkan bahawa terdapat satu pertalian positif yang kukuh dan boleh dipercayai bagi kebolehpercayaan ketekalan dalam. Nilai alpha yang diperolehi ialah 8464 bagi Markah MPS, 8719 bagi Markah MPD, 8242 bagi Markah MPP dan 7483 bagi Markah MPK. Begitu juga dengan kedudukan bagi kebolehpercayaan intrapemeriksa.