Stres Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah Di Empat Buah Negeri Di Malaysia (Factors That Contributed Stress Among Secondary School Teachers In Four States In Malaysia)

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap dan faktor-faktor yang menyebabkan stres di kalangan guru sekolah-sekolah menengah. Seramai 400 orang guru dari 16 buah sekolah menengah di empat buah negeri yang dipilih secara kelompok atas kelompok. Soal selidik digunakan dalam kajian ini untuk m...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Yahaya*, Azizi, Ramli , Jamaludin, Ismail, Mazeni
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Sains Malaysia 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/34585/1/APJEE_25_07_Azizi_%28103-136%29.pdf
http://eprints.usm.my/34585/
http://apjee.usm.my/APJEE_25_2010/APJEE_25_07_Azizi%20(103-136).pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap dan faktor-faktor yang menyebabkan stres di kalangan guru sekolah-sekolah menengah. Seramai 400 orang guru dari 16 buah sekolah menengah di empat buah negeri yang dipilih secara kelompok atas kelompok. Soal selidik digunakan dalam kajian ini untuk mengukur lebihan kerja, hubungan interpersonal dan persekitaran kerja (Administrative Stress Index, ASI) dan soal selidik ketandusan emosi, depersonalisasi dan kejayaan diri (General Health Questionnaire, GHQ). Darjah kebolehpercayaan (Alfa Cronbach) bagi kedua-dua instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah 0.7514 dan 0.8827. Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan antara faktor-faktor stres di kalangan guru lelaki dan perempuan di sekolah menengah. Para guru menyatakan bahawa tahap stres guru secara keseluruhannya berada pada tahap yang sederhana. Faktor kejayaan diri merupakan faktor yang paling mempengaruhi stres guru. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor-faktor stres dengan umur, bilangan anak dan pengalaman seseorang guru, tetapi didapati faktor kejayaan diri terdapat hubungan dengan pengalaman.