Hubungan Di Antara Orientasi Pembelajaran Matematik (Opm) Dengan Pencapaian Matematik (The Relationship Between Study Orientation In Mathematics (Som) And Mathematic Achievement)

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara Orientasi Pembelajaran Matematik (OPM) dengan pencapaian matematik. Di samping itu kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti pemboleh ubah OPM yang merupakan peramal terbaik bagi pencapaian matematik. Responden kajian terdiri daripada...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Veloo, Arsaythamby
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Sains Malaysia 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/34581/1/APJEE_25_03_Arsaythamby_%2835-51%29.pdf
http://eprints.usm.my/34581/
http://apjee.usm.my/APJEE_25_2010/APJEE_25_03_Arsaythamby%20(35-51).pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara Orientasi Pembelajaran Matematik (OPM) dengan pencapaian matematik. Di samping itu kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti pemboleh ubah OPM yang merupakan peramal terbaik bagi pencapaian matematik. Responden kajian terdiri daripada 674 pelajar tingkatan empat yang dipilih secara persampelan rawak berstrata berperingkat di 16 buah sekolah menengah kebangsaan di negeri Kedah. Ujian aneka pilihan matematik mengandungi 40 item yang terdiri daripada lima item (12.50%) bagi bidang Nombor, sembilan item (22.50%) bidang Bentuk dan 26 item (65%) bidang Perkaitan. Manakala soal selidik OPM terdiri daripada lima pemboleh ubah iaitu sikap pembelajaran, kebimbangan, tabiat pembelajaran, tingkah laku penyelesaian masalah dan persekitaran pembelajaran matematik yang mengandungi 72 item. Bagi ujian kesignifikan, ujian korelasi dan regresi berganda digunakan. Dapatan kajian menunjukkan sikap, tabiat, tingkah laku penyelesaian masalah dan persekitaran pembelajaran matematik mempunyai hubungan yang positif manakala kebimbangan matematik mempunyai hubungan yang negatif dengan pencapaian matematik. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa sikap dalam mempelajari Matematik merupakan peramal terbaik bagi pencapaian matematik. Model ARoS dicadangkan bagi menekan betapa pentingnya pendidik menilai atribut afektif pelajar sebelum menilai kebolehan kognitif pelajar yang secara tidak langsung dapat meningkatkan pencapaian matematik dalam kalangan pelajar. Oleh itu alat ukur OPM dapat digunakan oleh guru, kaunselor dan pengetua untuk menilai atribut afektif pelajar dalam mengenal pasti kebolehan kognitif pelajar dalam pembelajaran matematik.