Kemurungan Di Kalangan Pelajar: Satu Kajian Kes

Kajian ini cuba mengenal pasti kelaziman kemurungan di kalangan pelajarpelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah jenis kebangsaan Cina. Kajian ini menyelidik sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor min kemurungan antara remaja lelaki dengan remaja perempuan. Kajian ini juga...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: See , Ching Mey, Lee , Siew Siew
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Sains Malaysia 2005
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/34316/1/JPP08See_%28113-129%29B.pdf
http://eprints.usm.my/34316/
http://apjee.usm.my/APJEE_20_2005/JPP08See%20(113-129)B.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini cuba mengenal pasti kelaziman kemurungan di kalangan pelajarpelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah jenis kebangsaan Cina. Kajian ini menyelidik sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor min kemurungan antara remaja lelaki dengan remaja perempuan. Kajian ini juga menguji perhubungan antara kemurungan dengan pencapaian akademik. Inventori Kemurungan Beck yang berbentuk laporan kendiri digunakan untuk mengumpulkan data dan inventori ini diedarkan secara rawak kepada 182 pelajar Tingkatan Tiga. Analisis statistik yang digunakan adalah jadual silang, ujian-t, korelasi Pearson dan ANOVA Satu Hala. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 43.41% daripada sampel mengalami kemurungan klinikal (skor melebihi 17). Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor min antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan. Sebaliknya, kemurungan remaja berhubungan dengan tahap pencapaian akademik yang lemah.