Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pengurusan Kolaborat

Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan antara tahap kecenderungan penggunaan sumber kuasa pengetua, gaya komunikasi penyeliaan pengetua, budaya kerja guru, tahap kebolehan guru, struktur organisasi dan faktor demografi pengetua dengan pengurusan kolaboratif di sekolah menengah di Wilayah Persekut...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Foo , Say Fooi, Tang , Keow Ngang
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Sains Malaysia 2005
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/34314/1/JPP06Foo_%2881-95%29B.pdf
http://eprints.usm.my/34314/
http://apjee.usm.my/APJEE_20_2005/JPP06Foo%20(81-95)B.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan antara tahap kecenderungan penggunaan sumber kuasa pengetua, gaya komunikasi penyeliaan pengetua, budaya kerja guru, tahap kebolehan guru, struktur organisasi dan faktor demografi pengetua dengan pengurusan kolaboratif di sekolah menengah di Wilayah Persekutuan. Penganalisisan data menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara tahap kecenderungan penggunaan sumber kuasa rujukan (r = 0.67), tahap kecenderungan penggunaan sumber kuasa ganjaran (r = 0.48), tahap kecenderungan penggunaan sumber kuasa pakar (r = 0.65), tahap kecenderungan penggunaan sumber kuasa paksaan (r = 0.13), tahap kecenderungan penggunaan kuasa sah (r = 0.51), gaya komunikasi penyeliaan pengetua (r = 0.59), pengamalan budaya kerja (r = 0.53), tahap kebolehan guru (r = 0 .39), struktur organisasi (r = 0.60) dengan tahap pengurusan kolaboratif pada paras α = 0.05. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan negatif yang signifikan antara faktor umur pengetua (r = –0.16) dan faktor kelulusan akademik pengetua (rs = –0.11) dengan tahap pengurusan kolaboratif.