Keperluan maklumat pelajar diploma kejuruteraan politeknik Kuching, Sarawak: Satu tinjauan

Keperluan maklumat bagi setiap individu berbeza antara satu sama lain. Sebagai seorang pelajar, maklumat yang diperlukan boleh dianggap bersifat lebih akademik yang dapat membantu mereka menyelesaikan pelbagai persoalan. Artikel ini membincangkan secara ringkas berkaitan penemuan terhadap keperluan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ilyas, Adlin Yusnita, Milan, Sabrina, Majalis, Lenny Kolina, Sani, Kiprawi, Wan Dollah, Wan Ab Kadir
Format: Article
Language:English
Published: Persatuan Pustakawan Malaysia 2015
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/34146/1/6_Poli_UiTM_Kiprawi_15.pdf
http://eprints.usm.my/34146/
http://www.myjurnal.my/public/browse-journal-view.php?id=271
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Keperluan maklumat bagi setiap individu berbeza antara satu sama lain. Sebagai seorang pelajar, maklumat yang diperlukan boleh dianggap bersifat lebih akademik yang dapat membantu mereka menyelesaikan pelbagai persoalan. Artikel ini membincangkan secara ringkas berkaitan penemuan terhadap keperluan maklumat pelajar diploma kejuruteraan di Politeknik Kuching Sarawak (PKS). Antara objektif tinjauan ini ialah bagi mengenalpasti keperluan maklumat, faktor yang mempengaruhi keperluan maklumat dan mengenalpasti sumber maklumat bagi memenuhi keperluan maklumat para pelajar yang mengikuti program kejuruteraan. Persampelan yang dipilih meliputi semua pelajar-pelajar semester lima dan enam yang melibatkan seramai 430 orang pelajar berbanding jumlah keseluruhan pelajar PKS semasa seramai 2,738 orang. Antara penemuan yang telah diperolehi ialah peranan Bahasa Melayu yang menjadi medium utama sama ada dari aspek komunikasi dan pemilihan bahan pembacaan. Selain itu, penggunaan internet di kalangan pelajar yang mana mereka sudah mempunyai pengetahuan tentang internet sejak alam persekolahan lagi. Tinjauan ini juga mendapati majoriti responden mengakses media-media sosial sebagai pilihan utama berbanding dengan akses-akses yang lain bersifat akademik. Rumusan tinjauan juga mendapati pengaruh bahasa memainkan peranan dalam aspek komunikasi dan pemilihan bahan bacaan.