USM Jalin Kerjasama Rasmi Dengan Melaka

14 MAC 2012 - Universiti Sains Malaysia (USM) memeterai persefahaman dengan kerajaan Melaka untuk menubuhkan Pusat Kanser di Putra Specialist Hospital Melaka serta bekerjasama untuk mempromosi dan melaksanakan teknologi hijau di Melaka melalui Hang Tuah Jaya Corporation. Penandatanganan kedua-dua...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: CETREE, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau
Format: Article
Language:English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/33353/1/USM_Jalin_Kerjasama_Rasmi_Dengan_Melaka.pdf
http://eprints.usm.my/33353/
http://cetree.usm.my
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:14 MAC 2012 - Universiti Sains Malaysia (USM) memeterai persefahaman dengan kerajaan Melaka untuk menubuhkan Pusat Kanser di Putra Specialist Hospital Melaka serta bekerjasama untuk mempromosi dan melaksanakan teknologi hijau di Melaka melalui Hang Tuah Jaya Corporation. Penandatanganan kedua-dua persefahaman tersebut berlangsung di pejabat Ketua Menteri Melaka yang disaksikan oleh Ketua Menteri, Dato' Seri Mohd. Ali Mohd Rustam. USM diwakili oleh Naib Canselor, Prof. Dato' ' Dr. Omar Osman manakala Putra Specialist Hospital (Melaka) diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Radhuana Salleh dan Hang Tuah Jaya Corporation diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Linda Phua Sue Lin. Turut hadir ialah Pengarah Kampus Kesihatan USM, Prof. Dato' Mafauzy Mohamed dan Pengarah Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (CETREE), Prof. Haslan Abu Hassan yang turut menandatangani dokumen persefahaman sebagai saksi. Menurut Omar, melalui persefahaman ini, USM akan membantu hospital pakar tersebut untuk menubuhkan Pusat Kansernya melalui kepakaran yang ada. "Kita akan memastikan tindakan susulan dibuat dalam masa yang terdekat untuk memberikan khidmat perundingan agar hasrat Melaka mewujudkan pusat tersebut bagi membantu pesakit yang memerlukannya dapat dilaksanakan sebaik mungkin," jelas Omar. Tambahnya lagi, USM juga yang banyak terlibat dalam teknologi hijau akan berusaha untuk memberikan bantuan kepakaran dan latihan dalam melaksanakan aktiviti selaras dengan hala tuju teknologi hijau kerajaan negeri. "Berdasarkan persefahaman ini, USM akan menjadi perunding dan menyediakan kepakaran, mengutip data, dokumentasi dan maklumat yang perlu bagi menjayakan projek ini," jelas Omar lagi. Tambah Omar, USM berharap untuk merintis lebih banyak usaha membantu mana-mana pihak yang berminat untuk berbuat demikian selari dengan hasrat USM di bawah program pemacuan untuk kecemerlangan (APEX) yang berterakan kepada kelestarian dan usaha untuk membantu golongan terkebawah.