Teknologi Hijau Di Melaka Bandaraya Bersejarah
MELAKA, 28 MAC 2012 – Negeri Melaka merupakan satu-satunya negeri yang mengamalkan konsep berasaskan Teknologi Hijau. Baru-baru ini negeri Melaka telah mengadakan satu seminar di bawah anjuran Jabatan Ketua Menteri Melaka melalui Bahagian Penyelidikan Pembangunan (R&D) dengan kerjasama Politek...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
2012
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.usm.my/33350/1/Teknologi_Hijau_Di_Melaka_Bandaraya_Bersejarah.pdf http://eprints.usm.my/33350/ http://cetree.usm.my |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | MELAKA, 28 MAC 2012 – Negeri Melaka merupakan satu-satunya negeri yang mengamalkan konsep berasaskan
Teknologi Hijau. Baru-baru ini negeri Melaka telah mengadakan satu seminar di bawah anjuran Jabatan Ketua Menteri
Melaka melalui Bahagian Penyelidikan Pembangunan (R&D) dengan kerjasama Politeknik Merlimau, Melaka dan
Institut Pengurusan dan Integriti Negeri Melaka yang bertemakan Teknologi Hijau Diimplementasi Genarasi Lestari.
Seminar berlangsung di Hang Tuah World Heritage Hotel selama satu (1) hari. Menyedari kepentingan dan kepakaran
berkaitan Teknologi Hijau “Selari dengan seruan Perdana Menteri, negeri Melaka merupakan Bandar Berteknologi
Hijau” kata Ketua Menteri Melaka. CETREE dijemput menyertai seminar dengan mengadakan ceramah yang bertajuk
Keselamatan Tenaga dan Air dan terlibat secara langsung untuk mengadakan pameran bergerak dengan
menyampaikan maklumat dari segi eksperimen hand-on ke Melaka, Bandaraya Bersejarah. Seminar ini bertujuan untuk
meneroka inovasi, potensi dan impak kepada negara bagi mengurangkan kadar peningkatan penggunaan tenaga dalam
merealisasikan daya saing pembangunan Teknologi Hijau dan Kecekapan Tenaga di Malaysia pada masa kini. Seminar
ini diserikan lagi dengan kehadiran YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka bagi
merasmikan seminar yang berlangsung selama sehari.
Antara aktiviti-aktiviti dan agensi-agensi yang terlibat semasa seminar ini berlangsung adalah Pembentangan Kertas
Kerja (Rumah Solar, Penerimaan dan Penguasaan Pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Aplikasi Tenaga Diperbaharui
pada Kereta Golf Berkuasa Solar, Penumpu Kuasa Solar Dan Prospeknya di Malaysia, Mengoptimumkan Penyerapan
Tenaga Menggunakan Penjejak Solar) - Ketua Pegawai Eksekutif (R&D), Penyelenggaraan Penjimatan Tenaga/Solar
Photovoltaic Standard in Malaysia - SIRIM Berhad, Retrofitting toword Green Buildings - Universiti Kebangsaan
Malaysia, Dasar Teknologi Hijau - Kementerian Tenaga, Air dan Teknologi Hijau(KeTTHA) dan Unit Pameran Bergerak
Bas Teknologi Hijau - CETREE, Universiti Sains Malaysia.
CETREE diketuai oleh Pengarah, Profesor Dr. Haslan Abu Hassan dan dibantu oleh sekretariat En. Mohd Nizam Md.
Saad, En. Muhammad Akmal Hazan, En. Izzat Noordin, En. Muhamad Zamree Zulkipli dan En. Muhamad Syabil Saad
sebagai fasilitator yang membantu memberi penerangan mengenai kiosk-kiosk yang terdapat dalam bas Teknologi
Hijau, CETREE. |
---|