Program Celik Sains Pendidikan Khas Peringkat Negeri Pahang 2015, Sk Jaya Gading, Kuantan, Pahang
KUANTAN, 21 April 2015 – Satu Program Celik Sains yang julung kalinya diadakan kepada pelajr - pelajar Pendidikan Khas bagi peringkat Negeri Pahang. Program tersebut dijalankan di Sekolah Kebangsaan Jaya Gading, Kuantan, Pahang dan telah dirasmikan oleh En. Rosli Bin Abdul Mubin, Ketua Sektor, Sek...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.usm.my/33304/1/PROGRAM_CELIK_SAINS_PENDIDIKAN_KHAS_PERINGKAT_NEGERI_PAHANG_2015%2C_SK_JAYA_GADING%2C_KUANTAN%2C_PAHANG.pdf http://eprints.usm.my/33304/ http://cetree.usm.my |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | KUANTAN, 21 April 2015 – Satu Program Celik Sains yang julung kalinya diadakan kepada pelajr - pelajar
Pendidikan Khas bagi peringkat Negeri Pahang. Program tersebut dijalankan di Sekolah Kebangsaan Jaya
Gading, Kuantan, Pahang dan telah dirasmikan oleh En. Rosli Bin Abdul Mubin, Ketua Sektor, Sektor
Pendidikan Swasta & Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.
Program ini, asalnya ia merupakan cetusan idea bersama daripada guru SK Jaya Gading bersama - sama
pegawai CETREE> dalam memenuhi hasrat guru – guru untuk pelajar – pelajar istimewa bagi negeri
Pahang khususnya dalam daerah Kuantan dalam memberikan kesedaran berkaitan ilmu sains dan
teknologi hijau.
Manakala yang paling menarik sekali, CETREE> telah membawa satu pembaharuan dalam pembelajaran
dan mendidik serta memupuk minat pelajar-pelajar pendidikan khas dalam mengetahui erti ilmu sains
dan teknologi hijau.
Alhamdulillah, program sehari bersama pelajar- pelajar istimewa telah mendapat sokongan dan impak
yang tinggi daripada pihak – pihak sekolah yang terlibat secara langsung dalam menjayakan program
celik sains peringkat negeri Pahang. Sebanyak 7 buah sekolah menengah dan 15 buah sekolah rendah di
sekitar daerah kuantan yang mengambil bahagian dalam menjayakan program selama seharian di SK Jaya
Gading, Kuantan, Pahang. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program itu berlangsung adalah sesi
ceramah berkaitan Teknologi Hijau yang disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Mohd. Wira Mohd. Shafiei,
Timbalan Pengarah CETREE>, sesi demo sains yang disampaikan oleh pegawai daripada Pusat Sains
Negara dan yang terkahir merupakan lawatan ke Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau serta Bas
Pameran Pusat Sains Negara. |
---|