Pendingin Udara : Kerajaan Mampu Jimat RM100 Juta Setahun

PUTRAJAYA : Kerajaan mampu menjimatkan perbelanjaan elektrik sehingga RM100 juta setahun jika semua bangunan kerajaan menetapkan julat suhu pendingin hawa pada paras 24 darjah Celsius sepanjang hari operasi. Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Mohd Noor Yaacob, berkata jumlah penjimatan itu berdasark...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: CETREE, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau
Format: Article
Language:English
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/33251/1/Pendingin_udara___Kerajaan_mampu_jimat_RM100_juta_setahun.pdf
http://eprints.usm.my/33251/
http://cetree.usm.my
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:PUTRAJAYA : Kerajaan mampu menjimatkan perbelanjaan elektrik sehingga RM100 juta setahun jika semua bangunan kerajaan menetapkan julat suhu pendingin hawa pada paras 24 darjah Celsius sepanjang hari operasi. Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Mohd Noor Yaacob, berkata jumlah penjimatan itu berdasarkan kewujudan 24,300 premis kerajaan di seluruh negara, yang mana setiap kompleks kerajaan mempunyai tiga hingga lima blok bangunan. Malah, ia secara langsung membantu kerajaan yang membelanjakan sehingga RM3.5 bilion bagi membayar bil utiliti termasuk elektrik, air dan telefon setiap tahun. “Penetapan suhu itu juga boleh menjimatkan lima peratus penggunaan tenaga pendingin hawa. Ini amalan yang baik dan membolehkan agensi kerajaan terbabit menggunakan peruntukan dijimatkan itu untuk tujuan lain,” katanya. Ogos lalu, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mengarahkan semua pejabat kerajaan untuk menetapkan suhu pendingin hawa tidak kurang daripada 24 darjah Celsius serta diperluaskan kepada sektor swasta menjelang 2013. Mohd Noor turut menggesa sektor awam perlu melihat Kempen 3R (Mengurangkan, Mengguna Semula dan Kitar Semula) yang dilancarkan kerajaan sebelum ini dalam skop lebih luas. “Jika kita tidak boleh melakukan perkara kecil dengan baik, bagaimana kita boleh melakukan perkara lebih besar?” katanya.