Pemindahan Ilmu Cetree&Gt Kepada Smk Lubuk Buntar Berkaitan Pemantapan Budaya Dengan Cekap Tenaga Yang Lestari

SERDANG, 4 Ogos 2016 - Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Buntar, Serdang, Kedah adalah merupakan salah sebuah Sekolah Menengah yang terpilih di dalam Program Pemindahan Ilmu (KTP) iaitu Program Kecekapan Tenaga bagi Sekolah Menengah Terpilih di Negeri Kedah. Program ini merupakan Program Kecekapa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: CETREE, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau
Format: Article
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/33248/1/PEMINDAHAN_ILMU_CETREE%26GT_KEPADA_SMK_LUBUK_BUNTAR_BERKAITAN_PEMANTAPAN_BUDAYA_DENGAN_CEKAP_TENAGA_YANG_LESTARI.pdf
http://eprints.usm.my/33248/
http://cetree.usm.my
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:SERDANG, 4 Ogos 2016 - Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Buntar, Serdang, Kedah adalah merupakan salah sebuah Sekolah Menengah yang terpilih di dalam Program Pemindahan Ilmu (KTP) iaitu Program Kecekapan Tenaga bagi Sekolah Menengah Terpilih di Negeri Kedah. Program ini merupakan Program Kecekapan Tenaga yang melibatkan 22 buah sekolah menengah terpilih di negeri Kedah. Program ini adalah bertujuan untuk pemantapan budaya dengan cekap tenaga yang lestari di dalam sekolah tersebut. Lanjutan daripada program ini, pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Buntar, Serdang, Kedah merupakan sekolah yang ketiga telah menjemput Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE&GT) bagi mengadakan pameran dan demonstrasi yang berkaitan Program Kecekapan Tenaga. Antaranya adalah demonstrasi Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau CETREE&GT, penerangan berkaitan Kecekapan Tenaga serta pelancaran Bergerak Teknologi Hijau CETREE&GT, penerangan berkaitan Kecekapan Tenaga serta pelancaran gimik oleh pelajar sekolah terhadap kesedaran berkaitan cekap tenaga. Pengisian program dan jemputan pameran yang telah dirancang berjalan dengan jayanya. Program yang telah dijalankan ini diserikan lagi dengan kehadiran pegawai-pegawai daripada CETREE&GT iaitu Encik Syafiq Saifullah Azmi, Encik Mohd Rodzi Abdul Razak dan Encik Mohd Hazwan Abdul Halim dan pegawai – pegawai agensi kerajaan yang terlibat dengan pameran sepanjang program tersebut berlangsung.