Pemindahan Ilmu Cetree&Gt Kepada Smk Langgar Berkaitan Pemantapan Budaya Dengan Cekap Tenaga Yang Lestari

ALOR SETAR, 8 Ogos 2016 - Sekolah Menengah Kebangsaan Langgar, Alor Setar, Kedah adalah merupakan salah sebuah Sekolah Menengah yang terpilih di dalam Program Pemindahan Ilmu (KTP) iaitu Program Kecekapan Tenaga bagi Sekolah Menengah Terpilih di Negeri Kedah. Program ini merupakan Program Kecekap...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: CETREE, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau
Format: Article
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/33247/1/PEMINDAHAN_ILMU_CETREE%26GT_KEPADA_SMK_LANGGAR_BERKAITAN_PEMANTAPAN_BUDAYA_DENGAN_CEKAP_TENAGA_YANG_LESTARI.pdf
http://eprints.usm.my/33247/
http://cetree.usm.my
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:ALOR SETAR, 8 Ogos 2016 - Sekolah Menengah Kebangsaan Langgar, Alor Setar, Kedah adalah merupakan salah sebuah Sekolah Menengah yang terpilih di dalam Program Pemindahan Ilmu (KTP) iaitu Program Kecekapan Tenaga bagi Sekolah Menengah Terpilih di Negeri Kedah. Program ini merupakan Program Kecekapan Tenaga yang melibatkan 22 buah sekolah menengah terpilih di negeri Kedah. Program ini adalah bertujuan untuk pemantapan budaya dengan cekap tenaga yang lestari di dalam sekolah tersebut. Lanjutan daripada program ini, pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Langgar, Alor Setar, Kedah merupakan sekolah yang keempat telah menjemput Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE&GT) bagi mengadakan pameran dan demonstrasi yang berkaitan Program Kecekapan Tenaga. Antaranya adalah demonstrasi Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau CETREE&GT, penerangan berkaitan Kecekapan Tenaga serta pelancaran gimik oleh pelajar sekolah terhadap kesedaran berkaitan cekap tenaga. Pengisian program dan jemputan pameran yang telah dirancang berjalan dengan jayanya. Program yang telah dijalankan ini diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Pengarah CETREE&GT, Profesor Madya Dr. Hashimah Mohd Yunus dan pegawai-pegawai daripada CETREE&GT iaitu Encik Shahrul Fadli Abdul Rahaman, Encik Mohd Rodzi Abdul Razak dan Encik Mohd Hazwan Abdul Halim dan pegawai – pegawai agensi kerajaan yang terlibat dengan pameran sepanjang program tersebut berlangsung