Karnival Pendidikan Sains Dan Teknologi Peringkat Kebangsaan 2012

Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi Peringkat Kebangsaan 2012 telah diadakan pada 18-21 September 2012, di Bukit Gambang Resort City, Pahang. Seramai 15 peserta dari setiap negeri telah menyertai pertandingan peringkat kebangsaan yang dianjurkan pada kali ini. Karnival Sains dan Teknologi Per...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: CETREE, Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau
Format: Article
Language:English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/33020/1/Karnival_Pendidikan_Sains_Dan_Teknologi_Peringkat_Kebangsaan_2012.pdf
http://eprints.usm.my/33020/
http://cetree.usm.my
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi Peringkat Kebangsaan 2012 telah diadakan pada 18-21 September 2012, di Bukit Gambang Resort City, Pahang. Seramai 15 peserta dari setiap negeri telah menyertai pertandingan peringkat kebangsaan yang dianjurkan pada kali ini. Karnival Sains dan Teknologi Peringkat kebangsaan merupakan acara tahunan di bawah Program Penggalakan Sains dan Teknologi (PPST) yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama beberapa agensi. CETREE telah melakukan kerjasama bersama Kementerian Pelajaran Malaysia dengan menganjurkan beberapa pertandingan seperti Solar Car, Efficiency Energy Cooking, EUREKA Renewable Energy & Energy Efficiency Beach House dan Solar Boat. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan memupuk minat di kalangan para pelajar terhadap bidang sains dan teknologi hijau. Di samping itu, program ini turut menggalakkan mereka untuk bersaing secara sihat menerusi aktiviti-aktiviti yang dipertandingkan. Bagi acara pertandingan Solar Car telah dimenangi oleh peserta dari SMK Keat Hwa 2, Kedah, Efficiency Energy Cooking telah dimenangi oleh SMJK Chung Ling, Pulau Pinang, EUREKA Renewable Energy & Energy Efficiency Beach House dimenangi oleh SK Bakri Batu 2, Johor dan Solar Boat telah dimenangi oleh SMA Persekutuan Labu, Negeri Sembilan. Penganjuran pertandingan yang melibatkan pendidikan sains dan teknologi hijau akan meningkatkan lagi kesedaran awam terhadap kepentingan teknologi hijau dan alam sekitar kepada para pelajar sekolah rendah dan menengah.