Jaringan Cetree&Gt Bersama Sekolah Berprestasi Tinggi, Sk Air Merah, Kulim, Kedah Berkaitan Teknologi Hijau
KULIM, 14 Mei 2015- Sekolah Kebangsaan(SK) Air Merah telah menganjurkan Hari Sains & Matematik dengan penglibatan seluruh warga sekolah dan sekolah-sekolah sekitar SK Air Merah. Majlis ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada murid-murid dan guru. Antara pengisian program majlis t...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.usm.my/32988/1/JARINGAN_CETREE%26GT_BERSAMA_SEKOLAH_BERPRESTASI_TINGGI%2C_SK_AIR_MERAH%2C_KULIM%2C_KEDAH_BERKAITAN_TEKNOLOGI_HIJAU.pdf http://eprints.usm.my/32988/ http://cetree.usm.my |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | KULIM, 14 Mei 2015- Sekolah Kebangsaan(SK) Air Merah telah menganjurkan Hari Sains & Matematik dengan penglibatan
seluruh warga sekolah dan sekolah-sekolah sekitar SK Air Merah. Majlis ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan
daripada murid-murid dan guru. Antara pengisian program majlis tersebut adalah ceramah bertajuk “Teknologi Hijau” yang
disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Soib Taib, Pengurus Tugas CETREE>. Ceramah ini bertujuan memupuk kesedaran
dan minat yang mendalam bagi pelajar-pelajar terhadap peranan dan tanggungjawab diri dalam melindungi alam sekitar dan
bumi Malaysia.
Pengisian seterusnya merupakan aktiviti hands-on kepada murid-muridyang dikendalikan oleh pegawai-pegawai dari
CETREE>. Aktiviti ini berkaitanpengiraan Audit tenaga mudah bagi mengenal pasti peluang penjimatan tenaga. Muridmurid
mendapat manfaat daripada aktiviti audit ini dimana mereka dapat membezakan antara tenaga digunakan atau
dibazirkan serta dapat diaplikasi di rumah masing-masing. Pertandingan 3R iaitu Reduce, Reuse dan Recycle juga diadakan
dengan kreativiti murid-murid membina beg kitar semula yang hanya menggunakan bunting terpakai dan bekas untuk
kegunaan seharian serta menguji ketahanan bekas tersebut. Aktiviti 3R ini adalah untuk memupuk nilai kesedaran tentang
kepentingan mengelola dan menangani sampah mengikut jenis seperti plastik, kaca dan kertas. Apabila sampah ini dikelaskan
mengikut kategorinya maka mudah untuk dimanfaatkan semula sisa-sisa itu.
Selain daripada itu, diadakan juga pameran daripada Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau CETREE> dan Jabatan
Pembangunan Masyarakat Kulim yang turut serta bagi memeriahkan majlis tersebut. Majlis yang dianjurkan oleh
Jawatankuasa Hari Sains & Matematik ini bertujuan mewujudkan sikap bekerjasama dan murid diberi peluang untuk
berinteraksi secara aktif. Di samping itu, mereka dapat menyuarakan pendapat dan mencungkil bakat serta dapat
mengaplikasikan penjimatan sumber dalam kehidupan harian mereka. Majlis ini disempurnakan dengan majlis perasmian
penutupan oleh Haji Zaidi Bin Zainun, Pegawai Tadbir/Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat Kulim, Kedah dan
penyampaian hadiah dan sijil penyertaan kepada pelajar-pelajar yang terlibat. |
---|