An Evaluation Of Oil Palm Empty Fruit Bunch Lignin On Selected Phase Ii Drug Metabolizing Enzymes

Dalam usaha untuk membangunkan lignin tandan kosong kelapa sawit (TKKS) sebagai makanan tambahan dalam nutraseutikal dan kesihatan, penyelidikan tentang potensinya dalam berinteraksi dengan drug lain melalui perencatan atau peningkatan enzim metabolisme drug (DME) mampu memastikan keselamatan produk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Salleh, Norliyana
Format: Thesis
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/32234/1/NORLIYANA_MOHD_SALLEH_24%28NN%29.pdf
http://eprints.usm.my/32234/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dalam usaha untuk membangunkan lignin tandan kosong kelapa sawit (TKKS) sebagai makanan tambahan dalam nutraseutikal dan kesihatan, penyelidikan tentang potensinya dalam berinteraksi dengan drug lain melalui perencatan atau peningkatan enzim metabolisme drug (DME) mampu memastikan keselamatan produk. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan lignin TKKS dan sebatian-sebatian teroksida utamanya terhadap DME fasa II UDP-glukuronosiltransferase (UGT) dalam mikrosom hati tikus (RLM) dan mikrosom ginjal tikus (RKM) serta glutation S-transferase (GST) dalam fraksi sitosol hati tikus (RLC) dan fraksi sitosol ginjal tikus (RKC) secara rawatan in vitro dan in vivo. Pencirian lignin TKKS menunjukkan bahawa ketiga-tiga jenis ekstrak lignin TKKS (soda, kraft dan organosolv) terdiri daripada siringil dan guaiasil. Jumlah kandungan flavonoid pada lignin TKKS meningkat dalam turutan organosolv < kraft < soda. Analisis kromatografi cecair berprestasi tinggi (HPLC) menunjukkan bahawa siringaldehid merupakan sebatian teroksida utama yang terdapat dalam lignin TKKS diikuti dengan vanilin dan p-hidroksibenzaldehid. lignin TKKS dinilai sebagai aktiviti penghapus radikal bebas DPPH yang berpotensi. In order to develop oil palm empty fruit bunch (EFB) lignin as a nutraceutical and health supplement, the investigation of its potential in interacting with other drugs via inhibition or induction of drug metabolizing enzymes (DME) would contribute towards product safety. Therefore, this study was carried out to investigate the effect of oil palm EFB lignin and its main oxidative compounds on phase II DME, UDP-glucuronosyltranferases (UGT) in rat liver microsomes (RLM) and rat kidney microsomes (RKM) as well as glutathione-S-transferases (GST) in rat liver cytosolic fraction (RLC) and rat kidney cytosolic fraction (RKC) by in vitro and in vivo treatment. The characterization of oil palm EFB lignin showed that all three types of oil palm EFB lignin extracts (soda, kraft and organosolv) consist of syringyl and guaiacyl. The total flavonoids content of oil palm EFB lignin was increased in the order of organosolv < kraft < soda. The high performance liquid chromatography (HPLC) analysis revealed that syringaldehyde was the main oxidation compound in oil palm EFB lignin followed by vanillin and p-hydroxybenzaldehyde. The oil palm EFB lignin evaluated as potential DPPH-radical scavenging activity.