Kajian Perbandingan Tingkah Laku Altruisme Dalam Kalangan Empat Suku Utama Di Komuniti Kabupaten Aceh Tenggara

Kajian ini bertujuan membandingkan tingkah laku altruisme dalam kalangan empat suku utama di Aceh Tenggara, Indonesia. Turut dibandingkan ialah norma sosial, tahap keagamaan dan interaksi positif antara kaum. Selain itu, kajian ini juga meneliti hubungan di antara tingkah laku altruisme dengan norma...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Imami, Muliadi
Format: Thesis
Language:English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/31941/1/Muliadi_Imami.pdf
http://eprints.usm.my/31941/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan membandingkan tingkah laku altruisme dalam kalangan empat suku utama di Aceh Tenggara, Indonesia. Turut dibandingkan ialah norma sosial, tahap keagamaan dan interaksi positif antara kaum. Selain itu, kajian ini juga meneliti hubungan di antara tingkah laku altruisme dengan norma sosial, keagamaan dan interaksi positif antara kaum. Kajian menggunakan Mixed Method (kaedah campuran) iaitu menggabungkan kaedah penyelidikan kuantitatif dan kualitatif. Dalam pendekatan kuantitatif, empat alat ukur digunakan iaitu Self-report Altruisme, Skala Norma Sosial yang diadaptasikan dari Individualist-Colectivist Scale (IC Scale), Skala Sikap Keagamaan yang diadaptasi dari Dimension of Religiosity Scale (DR-Scale), dan Skala Interaksi Sosial. Soal selidik diedarkan kepada empat ratus responden daripada suku Alas, Gayo, Batak dan Karo di Aceh Tenggara, Indonesia.